PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Wednesday, September 26, 2012

Rat Race



Pernahkah saudara/i membela tikus putih atau hamster?. Di dalam kandang kecil tempat ia bermain itu terdapat satu jenis alat permainan tikus yang berbentuk seperti Eye on Malaysia. Tikus putih atau hamster ini akan menghabiskan masanya berlari di dalam kitaran itu dan berlari dan berlari dan terus berlari… tetapi secara ironinya… dia tidak ke mana-mana, tempat nya masih sama. Tiada perubahan dari segi jarak tetapi saya yakin larian itu cukup memenatkan… tidak percaya, cuba bayangkan kita pula berada di tempat itu…
Robert T. Kiyosaki ada menyebut tentang putaran ini yang dipanggil “RAT RACE”. Ya… rat race atau perlumbaan tikus ini berlegar di satu tempat yang statik. Kita bergerak dan berpusing menggunakan seluruh tenaga tapi secara realiti, kita tidak ke mana-mana. Kita masih di takuk yang sama sebagaimana yang kita mula dahulu.
RAT RACE boleh diterjemahkan di dalam kehidpan kita sehari-harian. Saya ingin memberi satu contoh. Di dalam contoh ini kita adalah tikus yang berlari itu. Ahmad yang baru sahaja menjadi lepasan universiti mendapat gaji RM 2600 sebulan sebagai seorang jurutera muda. Selepas membeli sebuah kereta Honda dengan bayaran RM 700 sebulan dan sewa rumah sebanyak RM 800 sebulan. Beliau perlu membayar PTPTN sebanyak RM 300 sebulan dan mengirim kepada ibu bapanya sebanyak RM 300. Baki RM300 sebulan digunakan untuk keperluan perbelanjaannya. Baki gaji : Ahmad menyimpan sebanyak RM 100 sebulan.
Setiap tahun gaji dinaikkan sebanyak RM 150. Sekarang gaji beliau selepas 2 tahun bekerja ialah RM 2900. Beliau ada sedikit simpanan. Namun beliau merasakan sudah sampai masanya dia berumah tangga. Ahmad kahwin dengan seorang guru yang bergaji RM 2000. Hendak berkahwin kena besar-besaran… pinjaman peribadi dari bank rakyat diambil sebanyak RM 30,000, dan bayaran kepada bank adalah sebanyak RM340 untuk 8 tahun.
Jumlah gaji mereka semakin besar iaitu RM 4900 apabila dicampurkan suami isteri. Mereka mula berfikir sampai bila nak duduk rumah sewa. Kata sepakat diambil. Sebuah rumah kondominium dengan harga RM 170 000 dibeli. Sesuai dengan kehidupan mereka yang ranggi dan on-the-go. Sebulan bayaran rumah ialah sebanyak RM 1000.


Untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja, sebuah kereta proton iswara dengan bayaran bulanan RM 500 dibeli (+ RM 700 kereta honda = RM 1200). Bayaran pinjaman PTPTN jikalau dicampur kedua-duanya ialah RM 600 sebulan. Wang perbelanjaan Ibu dan ayah untuk kedua-dua belah family dianggarkan lebih kurang RM 600 (RM 300 sebelah). Wang pinjaman personal loan harus dibayar setiap bulan RM 340. Minyak pula naik harga, kereta 2 buah mesti diservis, rumah harus dibeli perabot, TV skrin besar, meja makan kayu jati, fridge 3 pintu, sofa IKEA, tilam chiropractic… semua nya dibeli sedikit-sedikit setiap bulan… Akhirnya… adalah sikit gaji yang tinggal… RM 100-200 sebulan juga untuk disimpan.

Suatu hari terdengar pula berita gembira… isteri mengandung kali pertama… Alhamdulillah… Ahmad terlalu overexcited… kena buat persiapan untuk melahirkan anak di kelas pertama, hospital swasta. Sekarang kena beli katil baru untuk anak, susu, pampers, etc. Berita baik sekali lagi muncul… bagai dikata orang… rezeki anak, Ahmad dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera. Gaji bertambah sebanyak RM 500. Tetapi tugasan bukan seperti dulu, kerja semakin bertambah, masa bekerja juga semakin bertambah, kalau dulu kerja 8 jam sekarang pukul 8 pm baru balik dari pejabat… masa dengan famili semakin singkat.
Setelah anak masuk 2, terasa rumah semakin kecil. Kondominium sudah tak beberapa sesuai untuk membesarkan anak. Sekarang rumah 2 tingkat superlink berharga RM 350 000 dicari. Sebulan bayaran sekadar RM 2500 sebulan. Mampu dimiliki kata Ahmad. Kereta Honda juga dirasakan kecil… Sekurang-kurangnya MPV baru mesti dibeli… Harga paling kurang RM 120000 standard MPV skarang. Hutang semakin meningkat.
Ahmad semakin sibuk dengan urusan pejabat. Kadangkala dia pulang lewat setiap malam. Masa untuk diri sendiri dan keluarga semakin sikit. Gaji yang banyak habis dibelanjakan setiap bulan. Semuanya untuk menampung keperluan hariannya. Dia bekerja semakin kuat kerana mahukan gaji yang lebih… setiap kali dia kerja keras, gajinya meningkat…tetapi tugasannya semakin banyak…. dia terus bekerja dengan lebih keras… masanya semakin kurang…. Hari Sabtu dan Ahad beliau masih dipejabat.. Out station semakin banyak…. dan….
Sehingga suatu hari… beliau mendapat sakit dada…. Nafas semakin sempit. Peluh membasahi kepalanya. Dadanya berombak-ombak. Ahmad terpaksa dimasukkan ke Hospital… beliau telah didiagnosis mempunyai sakit jantung… iya.. Masalah seperti ini boleh terjadi kepada saya dan anda… Inilah putaran”RAT RACE”. Serupa seperti tikus tadi.. berpusing ligat di dalam mainannya.. tetapi sebenarnya ia cuma satu bulatan yang berputar pada paksi yang sama.. tidak bergerak walaupun seinci.
Ahmad kerja kuat setiap hari, cuma menghabiskan wangnya dengan “DOODADS”. DOODADS adalah satu perbelanjaan yang tidak menambahkan keuntungan kepada Ahmad. Beli kereta besar untuk diri sendiri, beli rumah untuk diri sendiri (Ya tuan dan puan, membeli rumah besar untuk diri sendiri adalah satu liabiliti kerana ia tidak menjana wang), hutang kredit kad, beli komputer dan perabot baru…. semuanya akan menambah perbelanjaan kita dan mengurangkan aliran tunai masuk ke poket kita… Bagaimana kehidupan Ahmad selepas dia sakit? Dia tidak lagi boleh bekerja kuat dan kemungkinan dia diberhentikan atau direhatkan. Jika dia diberhentikan sekarang bagaimana dia ingin meneruskan hidupnya dengan perbelanjaan bulanannya yang tinggi?

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan www.drazwan.blogspot.com
Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/





0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.