Anda tidak perlu menjadi bijak untuk menjadi kaya walaupun kebijaksanaan itu satu kelebihan tetapi sejauh mana kebijaksanaan anda. Adakah bijak setakat tahu sahaja atau bijak tahu dan mahu atau bijak tahu, mahu dan bertindak. Orang yang paling bijak adalah mereka tahu dan terus bertindak dan buat apa yang mereka tahu. Nak dijadikan cerita. Tersebutlah kisah dua orang sahabat seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Anand. Kedua-duanya merupakan graduan dari Universiti Luar Negara dalam bidang Kejuruteraan. Memandangkan kedua-duanya adalah bijak-bijak belaka. Maka mereka telah diterima disebuah syarikat terkemuka dengan gaji yang lumayan pada usia 26 tahun. Walaubagaimanapun mentaliti kedua-dua sahabat ini berbeza. Bagi Ali beliau lebih suka menyimpan dulu sebelum berbelanja tetapi Anand lebih suka belanja dulu baru menyimpan. Oleh kerana masing-masing bijak maka kedua-duanya membawa diri masing-masing dalam pengurusan kewangan. Ali beranggapan menyimpan itu penting. Anand berpendapat enjoy first and then save. Begitulah ragam kedua-dua sahabat yang tidak pernah bergaduh dan sentiasa menghormati pendapat masing-masing.
Ali dengan sikapnya terus menyimpan bermula dia mendapat gaji pertamanya, sebanyak RM200 setiap bulan , manakala Anand dengan sikapnya berbelanja habis gajinya. Selepas 10 tahun, masing-masing sudah berumur 35 tahun. Ali telah membawa sahabatnya pergi menemankannya pergi ke PM sebuah syarikat unit trust terkemuka dan no.1 di Malaysia. Ali ingin menyemak jumlah wang pelaburannya walaupun dia mampu untuk menyemaknya melalui PM Online. Ali sengaja berbuat demikian untuk menyedarkan rakannya Anand yang sudah hanyut dibuai mimpi disiang hari. Setelah statement di cetak. Ali sengaja menayang jumlah amaun wang pelaburan kepada Anand. Alangkah terkejutnya Anand apabila melihat wang simpanan pelaburan Ali sudah mencecah RM 36,833 atas dasar keterujahan dan semangat yang mula terbakar dan meluap-luap. Anand meminta Ali agar memperkenalkan Perunding Unit Amanah yang dikenalinya bagi mendengar sendiri bagaimana sampai begitu hebatnya pulangan yang diperolehi oleh Ali.
Anand telah membuat temujanji kepada Perunding Unit Amanah Ali dan tanpa banyak bicara beliau telah melabur kali ini 2 x ganda pelaburan Ali iaitu sebanyak RM 400 setiap bulan. Anand berpendapat bahawa jika Ali boleh mendapat sejumlah wang tersebut sudah pastilah dia dapat lebih dari itu.
Tahun ke tahun, bulan ke bulan, akhirnya kedua-dua sahabat ini pun pencen dan ingin mengeluarkan duit masing-masing pada usia 55 tahun. Mereka berdua telah pergi ke agency. Sekali lagi Anand terkejut da berasa hairan sambil terpinga-pinga. Beginilah perbualan dua sabahat ini.
"Ali saya sungguh tak percaya, saya telah buat apa yang kamu buat. Bahkan saya gandakan lagi pelaburan tambahan saya setiap bulan dengan melabur RM 400 setiap bulan berbanding kamu yang hanya RM 200 tetapi kenapa saya hanya mendapat RM 159,040 sedang kamu RM 171,678. Kalau diikut saya lagi banyak sedang kamu selepas 10 tahun kamu sudah tidak melabur. Sedang saya melabur sampai umur 55 tahun?" ... Anand bertanya...
Ali melihat sahabatnya yang sugul dan kebingungan lantas menenangkan sahabat baiknya itu..."Anand, saya faham perasaan kamu. tidakkah kamu membaca blog Rahsia Pelaburan Unit Trust dalam rahsia yang ke 15. Bahawa jangan bertangguh, CI akan menggandakan wang kita, untuk mengoptimumkan penggunaan Kuasa CI maka kita kena bermula awal,tidakkah kamu mengetahui itu...bagi kami orang Islam bertangguh itu adalah satu kerugian...sepertimana firmannya dalam surah Al-Ashr ..."Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...nantilah saya terangkan bab itu...lagipun tidakkah ko tahu Time is Money. Jika anda membuang masa bermakna anda membuang wang...10 tahun yang lalu sebelum kamu mula melabur apa yang kamu buat dan apa yang saya buat, saya menyimpan dan kamu enjoy...disitulah kesilapan kamu..." jelas Ali kepada sahabatnya...
Anand kelihatan duduk tunduk. Perasaan kecewa, berbaur malu silih berganti. Dalam hatinya "Kalaulah aku boleh kembalikan masa...tapi apakan daya..."
Ya kawan-kawan, fikirlah kita mampu membeli banyak jam, samada jam itu mahal ataupun murah kita mampu membelinya tetapi kita tidak mampu membeli masa yang telah kita tinggalkan. Jadikan kisah ini satu pengajaran. Tahukah anda berapakah masa kerugian yang telah dialami oleh Anand. Kerugian peluang dan masa itulah kita panggil Cost Of Procrastination atau Kos Bertangguh. Kos bertangguh Anand berbanding Ali ialah RM 12,638 iaitu pelaburan akhir Ali ditolak dengan pelaburan akhir Anand. Itulah kerugian Anand akibat lambat bermula, lambat bertindak. So siapakah yang bijak sebenar bijak? Tahu sahaja tidak mencukupi, kita kena mahu, mahu sahaja tidak mencukupi kita kena bertindak. Bertindak untuk masa depan cemerlang adakah ianya satu kerugian. Fikir-fikirkan.
Simpanan kedua-dua sahabat ini ditunjukkan oleh gambarajah dibawah.
Maklumat lanjut sila hubungi
|
Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/
|
0 comments:
Post a Comment