PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Sunday, September 16, 2012

Antara Kambing dengan Pelaburan Unit Amanah

Kambing Boer
Salam sejahtera...Hari ni saya akan bicara satu topik yang pada saya amat menarik untuk dibincangkan iaitu perkaitan antara kambing dengan pelaburan. 

Saya ingin bercerita tentang kambing kerana saya sendiri pernah menternak kambing sewaktu kecil dulu. Tahukah anda, kambing adalah binatang ternakan yang sukar mendengar cakap. Lebih-lebih lagi kambing jantan anda tariklah talinya kambing jantan akan tetap berkeras bah kan semakin kuat ditarik semakin kuat dia melawan tetapi akhirnya kambing jugalah mengalah. Itu pengalaman saya yang cetek tentang tabiat haiwan ni. 

Kedua, saya tertarik bercerita pasal kambing kerana saya sendiri suka makan daging kambing. Kata orang daging kambing ni penyebab tekanan darah tinggi naik. Pada saya, ini adalah kata-kata mereka yang tidak berilmu. Daging kambing tidak menyebabkan tekanan darah meningkat tetapi melancarkan darah si pemakan tetapi mungkin yang memakan daging kambing tersebut sudah mengalami penyakit tekanan darah tinggi maka berlaku peristiwa makan daging kambing jadi strok. Apapun anda buatlah kajian saya pun nak buat kajian lebih banyak pasal pemakanan daging kambing makanan kegemaran nabi kita Muhammad Rasullallah S.A.W. Jika nabi pun suka mesti ada hikmahnya. Apapun jangan makan keterlaluan.

Ketiga saya suka bab kambing, kerana saya ada cita-cita ingin menternak kambing Boer untuk dijadikan jualan komersial kambing pedaging. Segala ilmu penternakan bab kambing insyaAllah saya adanya tetapi belum tamat lagilah. Ialah kata pakcik saya seorang penternak kambing tokoh Sandakan. "Kita ni kalau nak ternak kambing, jangan jauh dari kambing, biar badan kita pun bau macam kambing, baru kambing dengar cakap kita" rasanya mungkin kambing beranggapan kita sama dengan spesisnya sebab bau dah macam kambing .  He he he...InsyaAllah saya akan jadi penternak kambing satu hari nanti...nak jadi penternak ni kena full time bukan part time...Bila kita dah menceburi bidang tu secara full time baru kita tahu pahit maung, gembiranya menternak kambing...Ingat nabi kita sendiri pernah menternak kambing sebelum berkecimpung dalam perniagaan serta sebelum menjadi pemimpin umat Islam.

Bukan Niat Mempromosi
Keempat, selain dagingnya sedap dimakan, bulu kambing juga boleh dijadikan barangan kulit seperti kompang, dan sebagainya. Susu kambing yang penuh khasiat berbanding susu lembu mampu menjadi ubat bagi bayi yang mengalami sakit kuning. Dipercayai penyakit kuning bayi tersebut akan turun setelah meminum susu kambing. Sejauh mana kebenarannya, inilah pengalaman yang saya perolehi. Pada ketika itu ramai ibubapa masuk kampung keluar kampung mencari susu kambing. Walaupun harganya lebih mahal dari susu lembu. Ini kerana khasiatnya berjaya menandingi susu lembu. Jangan jadi kambing sudah.

Gambar Hiasan Sahaja
Apa kaitan kambing dengan pelaburan.

Bukankah menternak kambing juga merupakan satu pelaburan. Hasilnya diperolehi apabila kambing-kambing tersebut menjadi matang dan dapat dijual kepada mereka yang berkehendak. Lebih-lebih lagi dimusim perayaan Hari Raya Korban sudah tentu permintaan tinggi dikalangan mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban.

Apa yang dikatakan pelaburan adalah anda meletakkan sejumlah wang anda untuk membeli kambing induk sama ada 1 jantan atau 2 betina. Selepas itu anda sentiasa menjaga makan minum kebersihan tempat tinggal, badan kambing dan sebagainya. Ianya memerlukan modal bagi memastikan kambing dalam keadaan baik bagi menentukan daging yang dikeluarkan bermutu dan seterusnya menarik pelanggan kepada kita untuk membeli lagi dan lagi. Dalam pelaburan unit amanah, anda melaburkan sejumlah wang untuk membeli unit NAB bergantung kepada modal anda bermula dari RM1000 atau lebih. Macam juga kambing, minima kalau nak menternak kambing persendirian memadailah 1 jantan dan 2 betina itu pun terpulang kepada kemampuan serta modal yang ada so tiada paksaan. Jika ada modal besar, untunglah besar.

Sepertimana kambing yang perlu diberi  makan/minum/maintenance begitu juga dengan pelaburan anda. Anda seharusnya sentiasa up to date pelaburan anda dan sentiasa menambah pelaburan setiap bulan bagi memastikan pelaburan anda sentiasa aktif demi memastikan matlamat kewangan kita tercapai dalam satu tempoh tertentu.

Bayangkanlah,kita jadikan anak kambing adalah dana yang mula-mula sekali anda laburkan. Ianya memerlukan masa untuk berkembang dan begitu juga kambing memerlukan masa untuk membesar tertakhluk kepada waktu yang telah ditetapkan. Beza dia pelaburan unit amanah kita tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding kambing ini kerana kambing benda bernyawa tak jaga silap2 kambing anda berkubur dan akhirnya wang pelaburan kambing anda lesap begitu sahaja. Manakala pelaburan unit amanah adalah pelaburan yang tidak memungkinkan anda sentiasa alert untuk mengambil tahu pelaburan anda. Apa yang anda perlu tahu adalah simpan dan melabur itu sahaja. Bila ada masa review dan tengok balik portfolio anda apakah prestasinya sudah memberangsangkan apakah matlamat anda sudah tercapai atau belum. Sekurang-kurangnya tengoklah prestasi dimana tempat anda melabur pada setiap 3 tahun. Ini bermakna jika anda melabur untuk jangkamasa 30 tahun maka anda memerlukan 30/3 = 10 x review pelaburan anda.

Dalam contoh diatas saya andaikan kambing adalah dana pelaburan kita. Siapa pula pelabur? Pelabur ialah penternak kambing. Kenapa saya ambik contoh penternak kambing sama dengan pelabur. Sebabnya pelabur itu penternak sendiri, dia telah menyumbangkan modalnya untuk membeli kambing, pasang pagar, pondok kambing, makanan kambing dan sebagainya. Anggaran kos tolak aset itulah NAV (Net Asset Value). Sebagai pelabur atau penternak...tugas kita memastikan pelaburan kita berjalan dengan baik walaupun kita tahu risiko itu tetap ada. Risiko penternak adalah kambingnya diserang penyakit kuku mulut kaki dan akibatnya penambahan kos rawatan dan pengurangan produktiviti. Pelabur kekurangan modal disebabkan bayaran yuran perkhidmatan dan kerugian disebabkan penurunan harga NAB seunit. Sama bukan.

Selain itu pelabur sama dengan penternak kenalah banyakkan bersabar dan berdoa. Jika penternak kambing sanggup bersabar berdepan karenah kambing-kambingnya begitu juga pelabur,,,kenalah bersabar, terus melabur secara berdisiplin dan tidak meleburkan wangnya mengikut hawa nafsu sehinggalah matlamat tercapai. Penternak kambing pada saya adalah mereka yang mempunyai sifat sabar yang tinggi berdepan dengan karenah kambing. Oleh itu saya beranggapan bahawa pemimpin itu mesti atau wajib menternak kambing terlebih dahulu bagi mentarbiyah hati menjadi orang yang penyabar kerana dugaan pemimpin memerlukan tahap kesabaran yang tinggi berdepan dengan rakyat, penyokong mahupun lawan. JIka tidak sudah pasti keputusan yang dibuat akan terburu-buru dan akibatnya menjahanamkan kerajaan atau negara sendiri. Ianya mesti mempunyai jati diri yang kuat. Pelabur haruslah mencontohi sikap penternak kambing...Cukup setakat sini bab kambing...lain hari saya citer bab kambing...suka tentang kambing...

mbek, mbek, mbek



Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321 (Lee)
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.