PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Monday, September 17, 2012

Kenapa Aku Rugi ?

Warren Buffet seorang pelabur bertaraf pakar di dunia dan billionaire pernah berpesan kepada para pelabur...

1- Jangan hilang modal pelaburan anda
2- Ikut arahan pertama

Warren sendiri berpesan supaya jangan hilang modal pelaburan. Kenapa ? sebab jika anda hilang modal pelaburan anda akan rugi jika rugi anda tidak beroleh keuntungan. Labur sudah menjadi Lebur. Kesihan...

Bagaimana supaya tidak rugi atau wang pelaburan tidak lebur ? Sebelum menjawab persoalan ini lebih baik kita mencari punca kenapa anda rugi. Mencari punca akan menyebabkan kita mendapat penyelesaiannya. Setuju. Mari kita teruskan.

Apakah punca yang menyebabkan kegagalan dalam pelaburan ? Mengapakah para pelabur rugi dalam pelaburan ? Bagaimana kerugian boleh berlaku ? Adakah makna soalan di atas sama. Mari kita bincangkan bersama.

Punca pelabur gagal dalam pelaburan yang mengakibatkan rugi

Ketiadaan Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah sangat-sangat penting. Sehinggakan Allah mengangkat darjat seseorang yang berilmu. Ini kerana adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Sudah semestinya tidak sama. So untuk meningkatkan diri kita menjadi orang yang bernilai adalah dengan ilmu. Adakah sama orang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan SPM sama?

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda maksudnya, "Barangsiapa mahukan dunia maka hendaklah dia berilmu, barangsiapa mahukan akhirat maka hendaklah dia berilmu, barangsiapa mahukan kedua-duannya akan hendaklah dia berilmu". Jelas bukan dalamn Islam sendiri diwajibkan menuntut ilmu seperti mana firmanNYA "Diwajibkan ke atas kamu setiap lelaki dan perempuan menuntut ilmu

Betapa pentingnya ilmu tuan2 dan puan2, tuntulah ilmu sampai ke negeri China.

Begitu jugalah dengan pelaburan. Jika anda tidak mempunyai ilmu pelaburan yang cukup sudah pasti anda berdepan risiko kehilangan wang pelaburan dan kerugian yang teramat sangat. Dengan adanya ilmu anda semua dapat mengurangkan risiko pelaburan dan seterusnya menjana pendapata lebih tinggi dan mencapat matlamat kewangan anda. Sekian,,,bersambung akan datang...

Tiada Sistem Melabur Yang Betul

Sebab kedua, gagal atau rugi dalam pelaburan kerana tiadanya sistem pelaburan yang anda yakin dan anda gunakan untuk meraih keuntungan. Tahukah anda, semua pelabur terbaik di dunia mempunyai sistem pelaburan sendiri. Sebagai contoh Warren Buffet merupakan pelabur berjangka panjang. Cara dan sistem pelaburan Warren tidak semua boleh ikut melainkan anda mengkaji dan mencari yang tersirat disebalik teknik pelaburan tersebut. Antara teknik yang diguna pakai oleh Warren iaitu "Dikala mereka panik disitu Warren menjadi tamak dalam melabur" Bila masa para pelabur panik...ia pelabur panik dikala berlakunya penurunan harga. Tetapi memandangkan pelaburan untuk jangka panjang, maka turun harga dan kanaikan harga tidak mempengaruhi mereka.

Tidak mempunyai Mentor

Untuk melabur dan berjaya anda mesti mempunyai mentor yakni mereka yang boleh ditiru atau di duplikasikan. Mentor adalah sangat penting selepas ilmu. Ini kerana mentor adalah perseorangan yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Mentor adalah sumber inspirasi bagi mante kita.

Carilah mentor terlebih dahulu atau sesiapa sahaja yang anda rasa boleh memberi motivasi atau inspirasi untuk berjaya. Setelah anda menjumpai mentor sekarang anda perlu berkenalan sama ada melalui bahan bacaan dan sebagainya. Sesudah menemui mentor anda hendaklah duplikasi yakni meniru kaedah atau strategi atau teknik pelaburan beliau. Jika duplikasi betul anda juga menjadi salah seorang seperti mereka.

Sikap dan Disiplin

Sikap atau attitute seseorang itu juga penting selepas mempunyai mentor jika tidak anda tidak mempunyai halatuju. Apa yang dikatakan sikap. Sebagai pelabur anda mestilah mempunyai sikap suka melabur dan sikap suka menyimpan bukan berbelanja. Setiap kali anda mendapat wang pendapatan ubahlah sikap untuk terus menabung bukannya berbelanja. Ubah sikap untuk menabung baru berbelanja. 

Tanpa disiplin yang kuat dan semangat yang kuat sudah tentu seseorang itu gagal dalam pelaburan. Pelabur seharusnya mempunyai sikap sabar yang tinggi dan sentiasa beringat agar sentiasa menabung demi masa depan tercinta. Demi perbelanjaan akan datang. Disiplin pelabur disini ialah pelabur sentiasa menyimpan setiap bulan dari gaji mereka untuk menambah jumlah pelaburan setiap bulan. Strategi ini dipanggil DCA, atau kemasukan pelaburan tambahan  secara berkala setiap bulan ke akaun bank. 

Tidak Bertindak

Suka melengah-lengahkan adalah satu sikap yang tidak baik. Suka bertangguh. Maka jangan hairan kalau anda Cost Of Procrastinantion. Kos bertangguh. Tahukah anda apa itu kos bertangguh. Kos bertangguh adalah nilai yang terpaksa anda bayar berikutan kelewatan anda bertindak. Saya akan citerkan bab Cost Of Procrastination dalam satu tajuk khas. So teruskan membaca yer...

Tidak mempunyai Matlamat Jelas

Merupakan pemangkin atau penyebab pelaburan berisiko dan rugi. Ini kerana tanpa matlamat yang jelas, pelaburan anda tidak mempunyai halatuju. That's why seringkali saya bertanya kepada para bakal pelabur saya. Mahu dibuat apa duit pelaburan ini ? Apa tujuan anda melabur ? Adakah anda melabur untuk untung dividen semata-mata atau lebih dari itu ? Saya akan bertanya kepada pelabur tentang pentingnya mempunyai matlamat yang jelas. Setakat matlamat sahaja tidak cukup tetapi kita menggunakan matlamat SMART. (akan saya terangkan dalam post akan datang) . Setelah matlamat jelas maka barulah saya akan menerangkan kepada para pelabur tentang bagaimana caranya mencapai matlamat kewangan pelabur.

Sekian, terima kasih


Maklumat lanjut sila hubungi



Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.