"Jika takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai"...peribahasa melayu ini mengajar kepada kita kalau takutkan risiko jangan melabur.
Peribahasa omputeh pula, "no risk no gain, no pain, no gain", ini menjelaskan tiada risiko tiada pulangan tiada hasil, tiada duit. Saya tidak akan menerangkan apa makna risiko. Jika anda nak tahu anda boleh carinya di google. Saya bukan mengajar bahasa tetapi saya nak anda faham dan anda semua sedia faham berkaitan dengan risiko. Jika tidak mana mungkin anda bertanya, "ada risiko tak ?"...yang pasti risiko yang anda nampak adalah RUGI. Akibatnya anda takut, risau, berteka teki, dan layan blues sendiri dek kerana kejahilan kita tentang pelaburan akhirnya kita benar-benar rugi kerana tidak bertindak. Orang bijak ada berkata :biar rugi mencuba dari rugi tak buat apa-apa, inilah bagi orang yang berjaya.
Balik kepada persoalan kenapa anda takutkan risiko ?
Anda pernah bawa kereta tak ? Apa sahaja keretalah. Mesti pernahkan. Cuba tanya diri anda. Apa perasaan mula-mula bawa kereta ? Rasa cemas, takut, risau, berteka-teki apa yang akan berlaku sekiranya,,,kereta terbabas dan sebagainya,,,betul tak ? Apa yang anda perlu buat untuk menghilangkan rasa takut, cemas, risau dan sebagainya. Ya anda belajar dari Jurulatih Pemandu anda dari hari ke hari. Anda belajar tukar gear, mengawal minyak, hafal undang-undang jalan raya dan mengawal dan mengemudi stering kereta dengan tenang. Aktiviti rutin anda Practice, practice, practice akhirnya anda menjadi lulus mendapat lesen berkat kesungguhan anda. Perasaan risau, cemas, takut dan sebagainya hilang bergitu sahaja. Kenapa ini boleh berlaku? Kemana hilangnya perasaan tersebut?
Warren Buffet seorang jutawan terkaya di dunia mengatakan "jangan melabur kepada sesuatu yang anda tidak tahu" maksudnya anda haruslah menuntut ilmu bab pelaburan. Bukannya melabur tanpa ilmu, ingatlah tiada jaminan dalam pelaburan . Jika ada jaminan itu bukan pelaburan berlandaskan patuh syariah akan saya kupaskan dalam post akan datang...
Kesimpulannya kita mesti berilmu. Kalau nak berjaya dalam bidang tersebut kita mesti berilmu bukan melabur membabi buta. Ingatlah duit yang kita laburkan tersebut bukannya sebulan atau 2 bulan anda simpan tetapi bertahun-tahun anda simpan.
Kembali kepada citer kereta tadi. Adakah setelah berilmu, berkemahiran, berpengalaman jaminan anda tidak akan ditimpa kemalangan atau sebagainya? Ini maksudnya kita tidak boleh lari dari risiko tetapi kita boleh mengurangkan risiko. Ini kerana kehidupan itu sendiri adalah risiko. Jika anda orang yang melabur tidak mahukan risiko itu bermakna dia hidup dalam fantasi dan alam kartun. Tidak berdiri di alam nyata. Fikirkan
Adakah kita dapat melihat Astro jika tiada orang yang mengambil risiko untuk memasang satelit di angkasa...
Adakah kita dapat melihat dan berkongsi ilmu pengetahuan jika tidak ada Crew National Geographic meneroka alam yang kita sendiri tidak sanggup pergi dan mereka sanggup mengambil risiko
Adakah anda sanggup tidak bekerja kerana tidak mahu menanggung risiko beban kerja yang diberikan oleh majikan anda
Banyak lagi contoh-contoh yang menjadikan kita berani berdepan risiko. Ramai orang yang berjaya di dunia ini sebenarnya mereka yang berani mengambil risiko. Carilah buku bacalah riwayat mereka.
Maklumat lanjut sila hubungi
|
Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/
|
0 comments:
Post a Comment