Mukaddimah
Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.
Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.
Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."
Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.
Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.
Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.
"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"
Salam sejahtera dalam post yang lalu saya ada terangkan perbezaan antara simple interest dengan compound interest. Kalau belum baca saya cadangkan baca kat sini . Compound Interest (CI) adalah salah satu benda ajaib di dunia. Ini diakui oleh saintis terkenal Einstein mengatakan CI adalah keajaiban dunia ke lapan. Walaubagaimana power sekalipun kuasa CI kalau mental tak bersedia ianya akan jadi mitos sahaja.
Apakah sebenar kuasa dari CI ?
CI adalah faedah yang terakru apabila pendapatan daripada sesuatu tempoh itu ditambah kepada wang pokok; maka faedah untuk tempoh yang berikutnya dikira berdasarkan wang pokok ditambah dengan faedah terkumpul.
Ini bermakna, anda kalau melabur jangan keluarkan faedah yang didapati daripada modal anda. Biarkan sahaja pulangan itu berada di dalam akaun pelaburan anda dan biarkan ia terkompoun atau berganda-ganda. Pulangan faedah anda yang seterusnya akan dikira menggunakan wang pokok terakru ditambah dengan faedah. Secara rumusnya boleh diberi seperti berikut:-
Lupakan tentang rumus tersebut. Kita bukan nak belajar matematik untuk peperiksaan. Kalau anda nak belajar tentang rumus diatas. Buat temujanji saya akan terangkan kepada anda secara details. Sekarang ni apa yang perlu kita tahu bagaimana compounding boleh membantu anda menggandakan wang simpanan dan pelaburan kita. Disinilah konsep leveraging dimana kita menggunakan kuasa COmpound untuk menggandakan wang kita tanpa perlu bekerja keras. Itu pasal ramai orang kaya di luar sana melabur. Kerana faham tentang the power of compounding.
Ok sekarang katakan anda ada RM1000 menyimpan ditempat yang memberi pulangan faedah 4% (contoh) setahun. Jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dalam masa 5 tahun. Baki akaun anda ialah seperti berikut :-
Tahun Pertama
Modal : RM1000
Faedah : RM40
Jumlah : RM1040
Tahun ke-2
Modal : RM1040
Faedah : RM41.60
Jumlah : RM1081.60
Tahun ke-3
Modal : RM1081.60
Faedah : RM43.26
Jumlah : RM1124.86
Tahun ke-4
Modal : RM1124.86
Faedah : RM44.99
Jumlah : RM1169.86
Tahun ke-5 (tahun akhir)
Modal : RM1169.86
Faedah : RM46.79
Jumlah : RM1216.65
Bayangkan selagi anda tidak mengeluarkan keuntungan anda selagi itulah Kuasa Compound bertindak. Semakin lama anda menyimpan semakin besarlah anda mendapat keuntungan., semakin besarlah duit anda. Andaikan anda menyimpan untuk 30 tahun berapa agaknya anda dapat. Katakan umur anda sekarang adalah 20 tahun. Anda menyimpan RM10K dalam masa 30 tahun. Tanpa membuat penambahan pelaburan anda dapat mengumpul sebanyak...
Jika anda perhatikan graf diatas menunjukkan baki simpanan setakat ini adalah RM 3,313.50 daripada RM1000 (initial investment). Tidakkah ini menguntungkan. Itu baru 4% kalau ada satu tempat memberi 10% ke atas. Mahukan anda mengetahuinya ? Kalau nak banyak untung tambah modal dan melabur secara tetap berkala setiap bulan saya gerenti anda akan beroleh kemenangan dan kejayaan pelaburan. InsyaAllah.
Maklumat lanjut sila hubungi
|
Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/
|
PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.
0 comments:
Post a Comment