PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Friday, September 21, 2012

Rahsia 11 : Unit Trust Sekolah Pelaburan

Jika anda baru dalam bidang pelaburan. Saya galakkan anda melaburlah dalam unit trust. Ini kerana anda tidak memerlukan kemahiran, pengalaman dan ilmu melainkan sedikit sahaja. Anggaplah ini sebagai sekolah pelaburan. Jika anda boleh membuat untung dalam pelaburan Unit Trust insyaAllah anda boleh membuat untung di pelaburan-pelaburan yang lain. Petua dia senang dan ringkas sahaja. Anda ikut anda pasti berjaya.

Simpan + Labur + Lupakan + Istiqomah = Untung

Mudah bukan...jika anda tidak faham mari saya terangkan. Mula-mula simpan. Simpan sejumlah wang atau lebihan pendapatan anda sebelum belanja ke dalam satu tempat yang boleh memberi potensi pulangan yang tinggi yang dapat mengatasi kadar inflasi terkini. Inflasi ditempat anda bukannya inflasi global.  Lain tempat lain inflasinya. Jika global inflasi di Malaysia tahun ini ialah sebanyak 2.57% tetapi sebenarnya anda haruslah membandingkan inflasi ditempat anda masing-masing contohnya inflasi ditempat saya ni Sandakan sebanyak 5% ke 6% tinggi bukan. Ini bermakna anda harus menyimpan ditempat yang boleh memberi pulangan yang tinggi berbanding inflasi iaitu sekitar 8% ke atas. Dimanakah tempat penyimpanan anti-inflasi ini ? Dimana lagi kalau bukan di pelaburan unit amanah.

Simpan

Tuan2 dan puan2 sekalian, ramai yang keliru antara simpan dengan labur. Simpan adalah satu kaedah dimana kita hanya park duit kita untuk satu jangka masa sebelum ianya dikeluarkan untuk tujuan perbelanjaan semasa atau akan datang. Duit yang disimpan tersebut hanya diam pegun tanpa diurusniaga jika adapun penyimpan hanya mendapat sedikit saguhati sahaja daripada pihak bank dimana anda menyimpan wang anda. Ini kerana membalas jasa anda sebagai penyimpan tegar dan pelanggan setia pada bank tersebut dengan kadar keuntungan dari simpanan anda yakni sekitar 1% ke 2%. Jika anda beranggapan ingin membuat untung melalui kadar pulangan yang diberikan oleh pihak bank. Pada pendapat saya, ianya bukan tempat yang sesuai. Ibarat anda menanam buah nanas di atas tanah yang berpasir. Sedangkan anda tahu dan faham pokok nanas hanya sesuai ditanam di pokok gambut barulah anda memperolehi hasil pokok nanas yang segar dan mahal nilainya berbanding tanam di tanah berpasir. Kesimpulannya bukan berapa banyak anda simpan tetapi dimana dan bagaimana anda simpan itulah yang perlu ditanya...Kebiasaannya akaun saving biasa adalah untuk tujuan perbelanjaan dan hanya untuk parking sementara sahaja dan bukannya untuk jangka panjang.

Labur

Apabila dikatakan labur ramai juga yang sekali lagi terkeliru. Ini adalah disebabkan ketiadaannya ilmu pelaburan dan salah tafsir perkataan labur yang bermaksud memberi pengertian lebur. Mentaliti inilah yang harus dibuang. Ibarat kata bijak pandai " kalau nak kaya buang dulu mentaliti miskin, mentaliti negatif, bersangka baik dengan kekayaan, anda psti kaya, yakinlah " tapi kalau dah bersangka buruk macamana mahu kaya. Seperti Simpanan, Melabur adalah salah satu kaedah bagaimana menggandakan wang anda seterusnya anda menjadi kaya. Apakah itu pelaburan ?

Secara mudahnya, pelaburan adalah anda meletakkan sejumlah wang sebagai modal pelaburan anda untuk diurusniaga oleh mereka yang pakar lagi profesional bagi menggandakan wang modal anda menjadi banyak. Tujuan melabur adalah untuk menggandakan wang lebih cepat dari kaedah menyimpan.  Seperti yang kita ketahui menyimpan sahaja menjadikan wang anda pegun dan berdepan risiko inflasi berikutan keuntungan yang sedikit.

Dalam unit trust / unit amanah, kedua-dua kaedah ini diguna pakai. Ianya kombinasi Simpan + Pelaburan. Anda park duit anda dan duit anda akan diurus niaga dan anda mendapat keuntungan. Sebagai contoh , anda mempunyai RM10K. Anda menyimpan diakaun biasa iaitu Saving Account mana-mana bank dengan kadar pulangan purata 2% yang pihak bank berikan sebagai faedah menyimpan ditempat bank tersebut. Ianya lebih baik dari simpan di rumah bawah bantal atau tabung tin anda. Tabung rumah tidak selamat dan tidak mempunyai faedah penyimpanan berbanding bank. Apa yang melalut ni, ok kita sambung perbincangan kita. Duit RM10K tadi akan berkembang dengan kadar 2% setiap tahun. Ianya dapat digambarkan dalam gambarajah dibawah. 

Simpanan biasa dengan kadar pulangan 2%. Ianya telah di compoundkan.
Diakhir simpanan anda, anda akan memperolehi hanya RM12,190 sahaja dalam masa 10 tahun menyimpan ini bermaksud keuntungan diperolehi hanyalah sebanyak RM 2,190 sahaja. Bagaimana jika anda laburkan wang anda RM10K tersebut kedalam unit trust. Tengok gambarajah dibawah:-

Menyimpan di unit trust dengan kadar pulangan purata setahun 10%
Dengan melaburkan wang anda RM10K tadi, anda berpeluang untuk menggandakan wang anda dari RM10K kepada RM25,937. Ini bermakna keuntungan yang anda perolehi selepas 10 tahun adalah RM15,937. Tidakkah anda terfikir yang mana lebih baik ? Modal yang sama RM10K tetapi tempat simpanan yang berlainan. Inilah yang saya katakan tadi. Apakah tanah yang sesuai untuk menanam pokok nanas ?  Jika baik tanahnya maka baiklah hasilnya. So kombinasi simpan dan labur adalah paling sesuai untuk menggandakan wang anda.

Lupakan

Bagi mereka yang biasa dengan ilmu kewangan dan pengurusan kewangan sudah tentu pernah mendengar kata-kata ini "Simpan dan lupakan". Ya apa yang telah kita simpan apa yang kita telah labur kita lupakan sahaja. Kenapa ? Ia mengajar kita erti berserah padaNYA. Apa sahaja milik kita, kita pulangkan kepadaNYA. Biarlah duit itu berusaha sendiri seperti mana kehendakNYA. Syarikat-syarikat pelaburan unit trust biasanya tidak menyediakan buku sepertimana Pelaburan Unit Amanah A*B, A*N. Ini kerana apabila pihak tersebut memberi buku, kita tahu. Sebagai manusia yang suka berbangga dan tidak dapat mengawal nafsu kita bangga mempunyai wang simpanan dan pelaburan seperti yang terpampang di dalam buku akaun. Hari-hari nak tengok. Bila hari2 tengok terdetik hati si pelabur untuk mengeluarkan wangnya apabila menerima dividen. Inilah silapnya disini. Sampai bila2 pun duit tidak akan berkembang lantaran runtunan hati yang berkehendak untuk keluarkan duit. That's why dalam pelaburan unit trust swasta tidak disediakan buku pelaburan so jangan tanya kenapa? Supaya nak mendidik anda menjadi lebij berdisiplin dan seterusnya mencapai matlamat dan impian anda.

Bayangkan, pada mulanya tujuan anda melabur adalah untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak tersayang. Tetapi apabila melihat jumlah wang yang kian bertambah di dalam buku akaun hati anda tergugat. Anda ingin membeli kereta baru dan akhirnya duit yang sepatutnya dijadikan dana pendidikan telah digunakan untuk membeli kereta. Akhirnya anda gagal dalam pelaburan lalu menyalahkan pelaburan tersebut sedangkan andalah punca kegagalan tersebut. 

Maksud lupakan ini bukan bermakna anda tidak peduli dengan pelaburan anda tapi maksud dilupakan ini adalah anda sengaja melupakan yang anda pernah menyimpan dan melabur. Anda akan ingat bilamana anda mahu menambah itu sahaja. Jadikannya satu tabiat.

"Apabila anda masih ingat, anda belum berjaya mendidik hati untuk ingat masa depan, apabila anda sudah tidak ingat, maka disinilah hati anda telah terdidik untuk mengingati masa depan"

Istiqomah

Bahasa lainnya adalah berlanjutan, konsisten, tetap pada satu pendirian, 1 paksi tanpa berganjak demi mencapai matlamat. Dalam hal pelaburan unit amanah begitu juga kita mesti istiqomah dalam matlamat yang telah dibuat seterusnya istiqomah dalam melaksanakan objektif yang telah dirangka. 

Sebagai contoh , jika anda melabur untuk dana pendidikan anak. Anda haruslah istiqomah dalam mencapainya. Jika anak anda 1 tahun ini bermakna anda memerlukan 17 tahun untuk menyimpan wang secara istiqomah tanpa berhenti apa keadaan sekalipun. Jika anda berhenti atau anda tidak berdisiplin maka anda pasti gagal dalam mencapai matlamat kewangan atau matlamat pelaburan. Istiqomah, Fokus dan Disiplin adalah seiring sejalan. Bila anda Istiqomah dalam melakukan pelaburan bermakna anda fokus terhadap matlamat dan berdisiplin dalam mencapai matlamat. Katakan, jika kos pengajian IPT hari ini adalah RM92K ini bermakna selepas inflasi 5% setahun kadar kos pengajian 17 tahun akan datang berjumlah RM210,866. So anda hendaklah istiqomah menyimpan sehingga mencapai amaun tersebut. Persoalannya berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan untuk mencapai amaun RM210,866? Berapakah pelaburan pertama harus anda bermula ? Apakah dengan menyimpan di Saving Account biasa tidak dapat mencapai amaun tersebut ? Jika tidak, dimana harus anda menyimpan ? Persoalan ini akan terjawab dalam post saya akan datang. InsyaAllah.


Maklumat lanjut sila hubungi



Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.