PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Monday, September 10, 2012

Rahsia 7 : Kos Unit Amanah

Ada tak kos dikenakan kepada para pelabur ?

Ya, ada...seperti yuran perkhidmatan / caj jualan yang dikenakan sekali sahaja, iaitu apabila anda membeli dan juga yuran pengurusan yang dikenakan secara tahunan. 

Kenapa dikenakan caj jualan ? Kita hidup dalam realiti, jika kita mahukan sesuatu yang bernilai kita haruslah memberi / membayat terlebih dahulu. Sebagai contoh jika anda mahu kereta BMW terbaru, anda mestilah membayar sejumlah wang beratus-ratus ribu demi memiliki kereta tersebut. Wang adalah apa yang kita bayar tetapi nilai, gaya, kepuasan dan status setelah anda memilikinya. Orang akan berkata kepada anda, anda adalah orang kaya. Begitu juga dalam pelaburan unit amanah. Jika anda mahukan pulangan terbaik anda harus membayar sejumlah wang kepada pengurus dana untuk menguruskan wang pelaburan kita. Pengurus Dana adalah mereka yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam mengurus dana. Pada saya jumlah yang sedikit ini tidaklah seberapa berbanding dengan pulangan yang akan kita perolehi kelak. So apakah yuran yang terlibat?

Yuran Perkhidmatan (Service Charges)
  • Sekali sahaja, apabila membeli unit amanah
  • Yyuran ini biasanya dikenakan sekitar 5% ke 6.5% bergantung kepada dana dan juga syarikat pengurus pelaburan unit amanah.
  • Contoh :-
    • Innitial Investment RM10K
    • Buy Unit o.25 sen NAB seunit
    • Kadar Service Charges = 5%
    • Cara kira
      • Jumlah yang digunakan untuk pelaburan = RM10K / 1.05 = RM9,523.81
      • Jumlah unit yang dibeli = RM9,523.81 / 0.25 = 38,095.24 unit
      • Kos pelaburan sebenar = RM10K / 38,095.24 unit = 0.2625 sen
  • Ini bermakna kos pelaburan sebenar adalah 0.2625 sen selepas mengambil kira caj jualan. Apabila mengira untung rugi anda perlu menggunakan 0.2625 sen sebagai asas bukannya 0.25 sen kerana inilah harga belian sebenar anda.


Yuran Pengurusan (Management Fees) - Fund Manager
  • Dikenakan setiap tahun bagi mentadbir dan menguruskan dana. Potongan dibuat terus pada peringkat dana iaitu dengan mengurangkan NAB dana.
  • Yuran inilah yang dikenakan untuk membayar perkhidmatan profesional yang ditawarkan oleh pengurus dana.
  • Yuran ini akan dikenakan tidak kira saham untung/rugi yuran ini tetap akan dikenakan
  • Biasanya yuran ini dikenakan 1.5 % sahaja.

Yuran Pentadbiran (Admin Fees) - Trustee
  • Dibayar kepada Trustee yang menjaga aset dan kepentingan pelaburan.
  • Yuran adalah sebanyak > 0.1% daripada NAB dana...

Yuran Pertukaran (Switching Fees) - Bilamana anda mahu switch dana sahaja...


Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.