This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Wednesday, September 26, 2012

Rat Race



Pernahkah saudara/i membela tikus putih atau hamster?. Di dalam kandang kecil tempat ia bermain itu terdapat satu jenis alat permainan tikus yang berbentuk seperti Eye on Malaysia. Tikus putih atau hamster ini akan menghabiskan masanya berlari di dalam kitaran itu dan berlari dan berlari dan terus berlari… tetapi secara ironinya… dia tidak ke mana-mana, tempat nya masih sama. Tiada perubahan dari segi jarak tetapi saya yakin larian itu cukup memenatkan… tidak percaya, cuba bayangkan kita pula berada di tempat itu…
Robert T. Kiyosaki ada menyebut tentang putaran ini yang dipanggil “RAT RACE”. Ya… rat race atau perlumbaan tikus ini berlegar di satu tempat yang statik. Kita bergerak dan berpusing menggunakan seluruh tenaga tapi secara realiti, kita tidak ke mana-mana. Kita masih di takuk yang sama sebagaimana yang kita mula dahulu.
RAT RACE boleh diterjemahkan di dalam kehidpan kita sehari-harian. Saya ingin memberi satu contoh. Di dalam contoh ini kita adalah tikus yang berlari itu. Ahmad yang baru sahaja menjadi lepasan universiti mendapat gaji RM 2600 sebulan sebagai seorang jurutera muda. Selepas membeli sebuah kereta Honda dengan bayaran RM 700 sebulan dan sewa rumah sebanyak RM 800 sebulan. Beliau perlu membayar PTPTN sebanyak RM 300 sebulan dan mengirim kepada ibu bapanya sebanyak RM 300. Baki RM300 sebulan digunakan untuk keperluan perbelanjaannya. Baki gaji : Ahmad menyimpan sebanyak RM 100 sebulan.
Setiap tahun gaji dinaikkan sebanyak RM 150. Sekarang gaji beliau selepas 2 tahun bekerja ialah RM 2900. Beliau ada sedikit simpanan. Namun beliau merasakan sudah sampai masanya dia berumah tangga. Ahmad kahwin dengan seorang guru yang bergaji RM 2000. Hendak berkahwin kena besar-besaran… pinjaman peribadi dari bank rakyat diambil sebanyak RM 30,000, dan bayaran kepada bank adalah sebanyak RM340 untuk 8 tahun.
Jumlah gaji mereka semakin besar iaitu RM 4900 apabila dicampurkan suami isteri. Mereka mula berfikir sampai bila nak duduk rumah sewa. Kata sepakat diambil. Sebuah rumah kondominium dengan harga RM 170 000 dibeli. Sesuai dengan kehidupan mereka yang ranggi dan on-the-go. Sebulan bayaran rumah ialah sebanyak RM 1000.


Untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja, sebuah kereta proton iswara dengan bayaran bulanan RM 500 dibeli (+ RM 700 kereta honda = RM 1200). Bayaran pinjaman PTPTN jikalau dicampur kedua-duanya ialah RM 600 sebulan. Wang perbelanjaan Ibu dan ayah untuk kedua-dua belah family dianggarkan lebih kurang RM 600 (RM 300 sebelah). Wang pinjaman personal loan harus dibayar setiap bulan RM 340. Minyak pula naik harga, kereta 2 buah mesti diservis, rumah harus dibeli perabot, TV skrin besar, meja makan kayu jati, fridge 3 pintu, sofa IKEA, tilam chiropractic… semua nya dibeli sedikit-sedikit setiap bulan… Akhirnya… adalah sikit gaji yang tinggal… RM 100-200 sebulan juga untuk disimpan.

Suatu hari terdengar pula berita gembira… isteri mengandung kali pertama… Alhamdulillah… Ahmad terlalu overexcited… kena buat persiapan untuk melahirkan anak di kelas pertama, hospital swasta. Sekarang kena beli katil baru untuk anak, susu, pampers, etc. Berita baik sekali lagi muncul… bagai dikata orang… rezeki anak, Ahmad dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera. Gaji bertambah sebanyak RM 500. Tetapi tugasan bukan seperti dulu, kerja semakin bertambah, masa bekerja juga semakin bertambah, kalau dulu kerja 8 jam sekarang pukul 8 pm baru balik dari pejabat… masa dengan famili semakin singkat.
Setelah anak masuk 2, terasa rumah semakin kecil. Kondominium sudah tak beberapa sesuai untuk membesarkan anak. Sekarang rumah 2 tingkat superlink berharga RM 350 000 dicari. Sebulan bayaran sekadar RM 2500 sebulan. Mampu dimiliki kata Ahmad. Kereta Honda juga dirasakan kecil… Sekurang-kurangnya MPV baru mesti dibeli… Harga paling kurang RM 120000 standard MPV skarang. Hutang semakin meningkat.
Ahmad semakin sibuk dengan urusan pejabat. Kadangkala dia pulang lewat setiap malam. Masa untuk diri sendiri dan keluarga semakin sikit. Gaji yang banyak habis dibelanjakan setiap bulan. Semuanya untuk menampung keperluan hariannya. Dia bekerja semakin kuat kerana mahukan gaji yang lebih… setiap kali dia kerja keras, gajinya meningkat…tetapi tugasannya semakin banyak…. dia terus bekerja dengan lebih keras… masanya semakin kurang…. Hari Sabtu dan Ahad beliau masih dipejabat.. Out station semakin banyak…. dan….
Sehingga suatu hari… beliau mendapat sakit dada…. Nafas semakin sempit. Peluh membasahi kepalanya. Dadanya berombak-ombak. Ahmad terpaksa dimasukkan ke Hospital… beliau telah didiagnosis mempunyai sakit jantung… iya.. Masalah seperti ini boleh terjadi kepada saya dan anda… Inilah putaran”RAT RACE”. Serupa seperti tikus tadi.. berpusing ligat di dalam mainannya.. tetapi sebenarnya ia cuma satu bulatan yang berputar pada paksi yang sama.. tidak bergerak walaupun seinci.
Ahmad kerja kuat setiap hari, cuma menghabiskan wangnya dengan “DOODADS”. DOODADS adalah satu perbelanjaan yang tidak menambahkan keuntungan kepada Ahmad. Beli kereta besar untuk diri sendiri, beli rumah untuk diri sendiri (Ya tuan dan puan, membeli rumah besar untuk diri sendiri adalah satu liabiliti kerana ia tidak menjana wang), hutang kredit kad, beli komputer dan perabot baru…. semuanya akan menambah perbelanjaan kita dan mengurangkan aliran tunai masuk ke poket kita… Bagaimana kehidupan Ahmad selepas dia sakit? Dia tidak lagi boleh bekerja kuat dan kemungkinan dia diberhentikan atau direhatkan. Jika dia diberhentikan sekarang bagaimana dia ingin meneruskan hidupnya dengan perbelanjaan bulanannya yang tinggi?

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan www.drazwan.blogspot.com
Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/





Rahsia 17 : Kepelbagaian Jenis Unit Amanah

Mungkin ada yang tidak mengetahui sebelum saya menulis artikel tentang tajuk di atas. Anda mungkin melabur di unit amanah selain ASB tetapi tidak tahu apakah jenis unit amanah yang anda labur. Dalam post kali ini saya akan berkongsi kepada anda beberapa jenis dana unit amanah yang perlu anda tahu sebagai pelabur.

Berapakah jenis dana unit amanah ? Sebagai seorang pelabur anda mesti mengetahui dimanakah wang anda dilaburkan oleh pengurus dana. Ini kerana pengurus dana boleh melaburkan wang anda ke pasaran saham, pasaran bon/sukuk, pasaran wang atau kombinasi antara ketiga-tiga pasaran tersebut, luar negara dan dalam negara. Semuanya menentukan kadar pulangan dan risiko bagi dana2 tersebut.

Dengan mengetahui dimana wang anda dilaburkan, dimana pasaran wang anda dilaburkan anda dapat mengetahui tahap risiko anda sebelum melabur. Ingat setiap dana mempunyai tahap risiko masing-masing. Ada yang high risk, low risk, mid risk. Semuanya bergantung kepada dana yang dilaburkan oleh pengurus dana. So pemilihan dana adalah bergantung kepada tahap risiko pelabur itu sendiri, matlamat pelaburan dan tempoh pelaburan. Jika ada yang sanggup menerima risiko dan jenis tak kisah maka melaburlah di tempat yang tinggi risk. Kebiasaannya pelaburan high risk lebih kepada menjana modal atau capital gain.

Selain itu juga bagi pelabur Islam semestinya dana yang ingin dilaburkan adalah memauhi syariah bagi mendapat pulangan yang diberkati. Untuk pengetahuan para pembaca dana yang ada di Malaysia secara kasarnya dibahagi kepada 2 iaitu Patuh Syariah dan Dana Umum. Dana patuh syariah adalah dana yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Securii yang melabur dalam instrumen  yang disahkan tidak melanggar prinsip syariah.

Daripada dua jenis dana tersebut dipecahkan lagi kepada beberapa dana membentuk sub dana. Antaranya ialah

Dana Ekuit atau Saham
  1. Dana Ekuiti Umum
  2. Dana Pertumbuhan
  3. Dana Pendapatan
  4. Dana Ekuiti Modal Kecil
  5. Dana Pelaburan Asing
  6. Dana Sektor atau Tema
  7. Dana EkuitiKombinasi atau khusus lain
Dana Sekuriti Pendapatan Tetap
  1. Dana Bon / Sukuk
Dana Pasaran Wang
Dana Seimbang
Dana Aset Fleksibel
Dana Index
Dana Dangangan Bursa
Dana Modal Terjamin dan Dana Berstruktur
Amanah Saham Kerajaan

Cukup setakat itu dulu...nanti kita sambung . InsyaAllah.

Nak tidur dulu mengantuk sangat...

Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

Tuesday, September 25, 2012

Rahsia 16 : Apa itu Cost of Procrastination

Anda tidak perlu menjadi bijak untuk menjadi kaya walaupun kebijaksanaan itu satu kelebihan tetapi sejauh mana kebijaksanaan anda. Adakah bijak setakat tahu sahaja atau bijak tahu dan mahu atau bijak tahu, mahu dan bertindak. Orang yang paling bijak adalah mereka tahu dan terus bertindak dan buat apa yang mereka tahu. Nak dijadikan cerita. Tersebutlah kisah dua orang sahabat seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Anand. Kedua-duanya merupakan graduan dari Universiti Luar Negara dalam bidang Kejuruteraan. Memandangkan kedua-duanya adalah bijak-bijak belaka. Maka mereka telah diterima disebuah syarikat terkemuka dengan gaji yang lumayan pada usia 26 tahun. Walaubagaimanapun mentaliti kedua-dua sahabat ini berbeza. Bagi Ali beliau lebih suka menyimpan dulu sebelum berbelanja tetapi Anand lebih suka belanja dulu baru menyimpan. Oleh kerana masing-masing bijak maka kedua-duanya membawa diri masing-masing dalam pengurusan kewangan. Ali beranggapan menyimpan itu penting. Anand berpendapat enjoy first and then save. Begitulah ragam kedua-dua sahabat yang tidak pernah bergaduh dan sentiasa menghormati pendapat masing-masing.

Ali dengan sikapnya terus menyimpan bermula dia mendapat gaji pertamanya, sebanyak RM200 setiap bulan , manakala Anand dengan sikapnya berbelanja habis gajinya. Selepas 10 tahun, masing-masing sudah berumur 35 tahun. Ali telah membawa sahabatnya pergi menemankannya pergi ke PM sebuah syarikat unit trust terkemuka dan no.1 di Malaysia. Ali ingin menyemak jumlah wang pelaburannya walaupun dia mampu untuk menyemaknya melalui PM Online. Ali sengaja berbuat demikian untuk menyedarkan rakannya Anand yang sudah hanyut dibuai mimpi disiang hari. Setelah statement di cetak. Ali sengaja menayang jumlah amaun wang pelaburan kepada Anand. Alangkah terkejutnya Anand apabila melihat wang simpanan pelaburan Ali sudah mencecah RM 36,833 atas dasar keterujahan dan semangat yang mula terbakar dan meluap-luap. Anand meminta Ali agar memperkenalkan Perunding Unit Amanah  yang dikenalinya bagi mendengar sendiri bagaimana sampai begitu hebatnya pulangan yang diperolehi oleh Ali. 

Anand telah membuat temujanji kepada Perunding Unit Amanah Ali dan tanpa banyak bicara beliau telah melabur kali ini 2 x ganda pelaburan Ali iaitu sebanyak RM 400 setiap bulan. Anand berpendapat bahawa jika Ali boleh mendapat sejumlah wang tersebut sudah pastilah dia dapat lebih dari itu. 

Tahun ke tahun, bulan ke bulan, akhirnya kedua-dua sahabat ini pun pencen dan ingin mengeluarkan duit masing-masing pada usia 55 tahun. Mereka berdua telah pergi ke agency. Sekali lagi Anand terkejut da berasa hairan sambil terpinga-pinga. Beginilah perbualan dua sabahat ini.

"Ali saya sungguh tak percaya, saya telah buat apa yang kamu buat. Bahkan saya gandakan lagi pelaburan tambahan saya setiap bulan dengan melabur RM 400 setiap bulan berbanding kamu yang hanya RM 200 tetapi kenapa saya hanya mendapat RM 159,040 sedang kamu RM 171,678. Kalau diikut saya lagi banyak sedang kamu selepas 10 tahun kamu sudah tidak melabur. Sedang saya melabur sampai umur 55 tahun?" ... Anand bertanya...

Ali melihat sahabatnya yang sugul dan kebingungan lantas menenangkan sahabat baiknya itu..."Anand, saya faham perasaan kamu. tidakkah kamu membaca blog Rahsia Pelaburan Unit Trust dalam rahsia yang ke 15. Bahawa jangan bertangguh, CI akan menggandakan wang kita, untuk mengoptimumkan penggunaan Kuasa CI maka kita kena bermula awal,tidakkah kamu mengetahui itu...bagi kami orang Islam bertangguh itu adalah satu kerugian...sepertimana firmannya dalam surah Al-Ashr ..."Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...nantilah saya terangkan bab itu...lagipun tidakkah ko tahu Time is Money. Jika anda membuang masa bermakna anda membuang wang...10 tahun yang lalu sebelum kamu mula melabur apa yang kamu buat dan apa yang saya buat, saya menyimpan dan kamu enjoy...disitulah kesilapan kamu..." jelas Ali kepada sahabatnya...

Anand kelihatan duduk tunduk. Perasaan kecewa, berbaur malu silih berganti. Dalam hatinya "Kalaulah aku boleh kembalikan masa...tapi apakan daya..."

Ya kawan-kawan, fikirlah kita mampu membeli banyak jam, samada jam itu mahal ataupun murah kita mampu membelinya tetapi kita tidak mampu membeli masa yang telah kita tinggalkan. Jadikan kisah ini satu pengajaran. Tahukah anda berapakah masa kerugian yang telah dialami oleh Anand. Kerugian peluang dan masa itulah kita panggil Cost Of Procrastination atau Kos Bertangguh. Kos bertangguh Anand berbanding Ali ialah RM 12,638 iaitu pelaburan akhir Ali ditolak dengan pelaburan akhir Anand. Itulah kerugian Anand akibat lambat bermula, lambat bertindak. So siapakah yang bijak sebenar bijak? Tahu sahaja tidak mencukupi, kita kena mahu, mahu sahaja tidak mencukupi kita kena bertindak. Bertindak untuk masa depan cemerlang adakah ianya satu kerugian. Fikir-fikirkan.

Simpanan kedua-dua sahabat ini ditunjukkan oleh gambarajah dibawah.



Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

Monday, September 24, 2012

Rahsia 15 : The Power of Compound Interest (CI)



Kuasa Compound dapat menggandakan wang anda tanpa anda sedari
Semestinya CI adalah benda ajaib di dunia. Ini kerana kuasa yang ada padanya untuk menggandakan wang pelaburan kita. So hari ini saya akan kongsikan kepada anda bagaimana caranya kita dapat mengoptimumkan kuasa yang ada pada CI.

  1. Jangan sama sekali membeli semula unit anda. Biarkan modal anda kekal di dalam selama yang mungkin. Gunakan kemudahan switching jika anda mahu mengunci keuntungan anda.
  2. Sentiasa pantau prestasi portfolio anda. Pastikan anda mendapat pulangan positif sekerap yang mungkin.
  3. Melabur seawal mungkin jangan bertangguh.  Perkaitannya apabila anda melabur pada usia muda. Anda mempunyai masa untuk melabur lebih lama dan mempunyai masa untuk CI memainkan peranan pentingnya. Semakin lama anda menyimpan semakin aktif CI menggandakan wang anda. Time is Money, so biarkan masa menentukan wang anda berganda. Jangan usik mahupun belanjakan wang anda.
  4. Jika anda berkemampuan labur sebanyak yang mungkin. Jangan risau. Warren Buffet berkata selagi mana anda menyimpan dan melaburkan wang anda selagi itulah anda akan menang. Risiko semakin berkurangan.
  5. Jangan belanja wang pelaburan anda. Gunanya apabila anda sudah mencapai matlamat anda. Jika tidak teruskan pelaburan anda sehingga anda mencapai kebebasan kewangan yang dicari.
Kuasa CI + masa + jumlah wang yang kecil akan berkembang menjadi jumlah yang banyak. Nilai pelaburan akan meningkat mengikut masa. Lebih masa anda peruntukan untuk CI bekerja semakin tinggi nilainya wang pelaburan anda. Buktinya saya tunjukkan dalam gambarah 1 dan 2 dibawah.

Pelaburan 5 tahun sahaja anda hanya mampu menggandakan wang anda sebanyak 
RM 161,051 sahaja selama 5 tahun. Wang anda terkompoun sebanyak 10% setahun.
Pelaburan 10 tahun sahaja anda hanya mampu menggandakan wang anda sebanyak 
RM 259,374 sahaja selama 5 tahun. Wang anda terkompoun sebanyak 10% setahun.
Pelaburan 20 tahun sahaja anda hanya mampu menggandakan wang anda sebanyak 
RM 672,750 sahaja selama 5 tahun. Wang anda terkompoun sebanyak 10% setahun










Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

Sunday, September 23, 2012

Rahsia 14 : Bagaimana untuk mengeksploitasi CI ?

Albert Einstein
Lagi tentang Compound Interest (CI) . CI bolehlah dibayangkan sebagai pekerja anda. Kerjanya adalah menggandakan wang anda. CI bukan seperti kita manusia. CI boleh bekerja 24 jam siang dan malam sehari tidak tidur tidak makan dan minum. CI merupakan pekerja yang rajin dan sentiasa fokus.  CI akan bekerja tanpa henti. So sebagai majikan (kita) ialah tidak mengganggu ia bekerja. Biarkan ia menumpukan perhatian kepada kerjayanya. Di akhir nanti, CI akan memberikan hasil yang menajubkan kepada wang anda. Percayalah...Jangan ganggu kerja dia...

Walaubagaimanapun seperti juga kita CI perlukan ruang kerja yang selesa dan teman kerja yang ideal untuk mengelakkan kebosanan. Oleh itu majikan perlu memainkan peranan penting...iaitu :-
  1. Menentukan CI mendapat ruang kerja yang selesa dan membolehkan ianya bekerja tanpa gangguan dengan meletakkan satu tempat yang boleh memberi pulangan tinggi. Seolah-olah gaji tinggilah kepada CI. Sekitar 10% ke atas. Ibaratnya kita memberi teknologi dan prasarana serta kemudahan kepada CI bekerja.
  2. Jangan bertangguh mula menyimpan sekarang dan melabur secepat mungkin agar CI ada sumber untuk bekerja.
  3. Biarkan CI menjana wang pelaburan / simpanan anda selama mungkin. Itu pasal kita suruh melabur dalam jangka waktu yang panjang.
  4. Cuba dapatkan pulangan pelaburan yang terbaik dengan risiko yang sederhana.
CI akan bekerja untuk anda selagi anda masih mempunyai modal pelaburan di dalam akaun unit trust anda. Walaubagaimanapun CI akan bekerja secara produktif bergantung kepada dimana CI bekerja...contohnya anda ada pilihan untuk meletakkan dimana CI bekerja untuk menggandakan wang anda. Antaranya...

  • Anda simpan dibawah bantal...CI akan bekerja tetapi dengan kadar 0 % . Maksudnya  % kelajuan atau produktiviti CI menjana wang anda. So jangan simpan di bawah bantal CI tak boleh nak buat apa kerana ketiadaan sumber.
  • Akaun Simpanan, kadar pulangan 1% ke 2% bahkan tak sampai 2% pun hari ini. CI akan bekerja berdasarkan peratusan yang diberikan oleh pihak majikan dimana tempat dia ditempatkan.
  • Akaun Deposit Tetap (FD), kadar pulangan sekitar 3% ke 4% tetapi hari ini setiap bank hanya memberi 3% sahaja. Wang yang anda simpan di FD akan terkompoun pada kadar 3% sahaja
  • Unit Amanah (Unit Trust) kadar terkompoun adalah sekitar 8% ke 20%. 
  • Saham kadar terkompoun adalah 50% ke 100% tetapi kalau anda tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melabur di bursa saham. Unit amanah saya cadangkan.
Cuba fikirkan, CI ibarat kereta. Dalam sesebuah perlumbaan apa anda nak bawa untuk berlumba di litar Sepang...Ferrari atau Kancil...Mana yang cepat sampai dulu ke tempat destinasi...Sudah tentulah Ferrari. So CI Ferrari bukannya CI Kancil.


Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/



Saturday, September 22, 2012

Rahsia 13 : Apakah sebenarnya Kuasa Compound?

Salam sejahtera dalam post yang lalu saya ada terangkan perbezaan antara simple interest dengan compound interest. Kalau belum baca saya cadangkan baca kat sini . Compound Interest (CI) adalah salah satu benda ajaib di dunia. Ini diakui oleh saintis terkenal Einstein mengatakan CI adalah keajaiban dunia ke lapan. Walaubagaimana power sekalipun kuasa CI kalau mental tak bersedia ianya akan jadi mitos sahaja.

Apakah sebenar kuasa dari CI ?

CI adalah faedah yang terakru apabila pendapatan daripada sesuatu tempoh itu ditambah kepada wang pokok; maka faedah untuk tempoh yang berikutnya dikira berdasarkan wang pokok ditambah dengan faedah terkumpul.

Ini bermakna, anda kalau melabur jangan keluarkan faedah yang didapati daripada modal anda. Biarkan sahaja pulangan itu berada di dalam akaun pelaburan anda dan biarkan ia terkompoun atau berganda-ganda. Pulangan faedah anda yang seterusnya akan dikira menggunakan wang pokok terakru ditambah dengan faedah. Secara rumusnya boleh diberi seperti berikut:-


Lupakan tentang rumus tersebut. Kita bukan nak belajar matematik untuk peperiksaan. Kalau anda nak belajar tentang rumus diatas. Buat temujanji saya akan terangkan kepada anda secara details. Sekarang ni apa yang perlu kita tahu bagaimana compounding boleh membantu anda menggandakan wang simpanan dan pelaburan kita. Disinilah konsep leveraging dimana kita menggunakan kuasa COmpound untuk menggandakan wang kita tanpa perlu bekerja keras. Itu pasal ramai orang kaya di luar sana melabur. Kerana faham tentang the power of compounding.

Ok sekarang katakan anda ada RM1000 menyimpan ditempat yang memberi pulangan faedah 4% (contoh) setahun. Jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dalam masa 5 tahun. Baki akaun anda ialah seperti berikut :-

Tahun Pertama 

Modal : RM1000 
Faedah : RM40
Jumlah : RM1040

Tahun ke-2

Modal : RM1040 
Faedah : RM41.60
Jumlah : RM1081.60

Tahun ke-3

Modal : RM1081.60 
Faedah : RM43.26
Jumlah : RM1124.86

Tahun ke-4

Modal : RM1124.86 
Faedah : RM44.99
Jumlah : RM1169.86

Tahun ke-5 (tahun akhir)

Modal : RM1169.86
Faedah : RM46.79
Jumlah : RM1216.65

Bayangkan selagi anda tidak mengeluarkan keuntungan anda selagi itulah Kuasa Compound bertindak. Semakin lama anda menyimpan semakin besarlah anda mendapat keuntungan., semakin besarlah duit anda. Andaikan anda menyimpan untuk 30 tahun berapa agaknya anda dapat. Katakan umur anda sekarang adalah 20 tahun. Anda menyimpan RM10K dalam masa 30 tahun. Tanpa membuat penambahan pelaburan anda dapat mengumpul sebanyak...

Jika anda perhatikan graf diatas menunjukkan baki simpanan setakat ini adalah RM 3,313.50 daripada RM1000 (initial investment). Tidakkah ini menguntungkan. Itu baru 4% kalau ada satu tempat memberi 10% ke atas. Mahukan anda mengetahuinya ? Kalau nak banyak untung tambah modal dan melabur secara tetap berkala setiap bulan saya gerenti anda akan beroleh kemenangan dan kejayaan pelaburan. InsyaAllah.





Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/





Rahsia 12 : Simple Interest VS Compounding Interest

Sebelum anda boleh megira keuntungan anda perlu membezakan antara dua kadar faedah yang biasa digunakan antaranya kadar faedah mudah (Simple Interest) dan kadar faedah berganda (Compounding Interest).

Simple Interest

Pada asasnya, Simple Interest adalah faedah yang dibayar ke atas prinsipal/modal/capital asal sahaja.

Sebagai contoh anda menyimpan wang anda sebanyak RM4000 ke dalam unit trust dengan kadar pulangan 8% setahun. 


Berapakah kadar faedah selepas 4 tahun ?

Gunakan formula simple interest :

I = p× r × t

dimana p adalah pricipal atau modal duit anda iaitu sebanyak RM4000

r adalah kadar faedah pulangan (kadar pulangan)

t adalah masa/ time

Berdasarkan maklumat diatas dapat kita mengira seperti berikut :

I = p× r × t

I = 4000× 8% × 4

I = 4000× 0.08 × 4

I = RM 1280 


Kadar keuntungan diperoleh adalah RM1,240 ini bermakna duit anda telah menjadi RM5,280


Compounding Interest

Faedah coumpound atau faedah gandaan adalah kaedah dimana keuntungan diperolehi faedah atas faedah. Faedah yang diperolehi bukan sahaja kepada prinsipal asal, tetapi juga pada semua faedah yang diperolehi sebelum ini.

Dalam erti kata lain, pada akhir setiap tahun, faedah yang diperolehi ditambah kepada jumlah asal dan wang itu dilaburkan semula. Jika kita menggunakan faedah kompaun untuk situasi di atas, faedah akan dikira seperti berikut:

Faedah pada akhir tahun pertama:


I = 4000× 0.08 × 1


I = RM 320 

Principal baru anda ialah RM 4000 + RM 320 = RM 4,320 ------------- (1)

Faedah akhir tahun ke-2:

I = (1) × 0.08 × 1

I = RM 345.6 dollars 

Principal baru sekarang adalah RM 4,320 + RM 345.6 = RM 4,665.6 ------------------------- (2)

Faedah akhir tahun ke-3:

I = (2) × 0.08 × 1

I = RM 373.248

Principal baru sekarang adalah RM 4,665.6 + RM 373.248 = RM 5,038.848 --------------- (3)

Faedah akhir tahun ke-4:

I = (3) × 0.08 × 1

I = RM 403.10784

Principal baru sekarang adalah RM 5038.848 + RM 403.10784 = RM 5,441.95584

Total faedah diperolehi adalah = RM 5,441.95584 − RM 4,000 = RM 1,441.95584

Perbezaan antara coumpond interest dan simple interest dapat ditunjukkan seperti berikut RM 1441.96 - RM 1280 = RM 161.96

Jika anda dapat melihat, bukankah compound interest menghasilan keputusan yang baik berbanding simple interest. Jadi anda membuat lebih banyak duit dengan kaedah compound interest, Itu pasal ramai orang yang melabur...kerana mahu memaksimumkan compound interest. 



Oleh itu, sebelum melabur wang anda, anda kena tanya dulu bank anda dua kali ganda perlu menyemak dengan bank tempatan anda jika compound interest digunakan. Biasanya semua institusi kewangan menggunakan compounding. Ah Long pun guna juga tapi kira sehari. Itu pasal orang hutang RM100 jadi RM1000. Berhati2 jangan terperangkan dengan hutang Ah Long.


Saya berharap anda faham sekarang!



Maklumat lanjut sila hubungi






Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/


Friday, September 21, 2012

Rahsia 11 : Unit Trust Sekolah Pelaburan

Jika anda baru dalam bidang pelaburan. Saya galakkan anda melaburlah dalam unit trust. Ini kerana anda tidak memerlukan kemahiran, pengalaman dan ilmu melainkan sedikit sahaja. Anggaplah ini sebagai sekolah pelaburan. Jika anda boleh membuat untung dalam pelaburan Unit Trust insyaAllah anda boleh membuat untung di pelaburan-pelaburan yang lain. Petua dia senang dan ringkas sahaja. Anda ikut anda pasti berjaya.

Simpan + Labur + Lupakan + Istiqomah = Untung

Mudah bukan...jika anda tidak faham mari saya terangkan. Mula-mula simpan. Simpan sejumlah wang atau lebihan pendapatan anda sebelum belanja ke dalam satu tempat yang boleh memberi potensi pulangan yang tinggi yang dapat mengatasi kadar inflasi terkini. Inflasi ditempat anda bukannya inflasi global.  Lain tempat lain inflasinya. Jika global inflasi di Malaysia tahun ini ialah sebanyak 2.57% tetapi sebenarnya anda haruslah membandingkan inflasi ditempat anda masing-masing contohnya inflasi ditempat saya ni Sandakan sebanyak 5% ke 6% tinggi bukan. Ini bermakna anda harus menyimpan ditempat yang boleh memberi pulangan yang tinggi berbanding inflasi iaitu sekitar 8% ke atas. Dimanakah tempat penyimpanan anti-inflasi ini ? Dimana lagi kalau bukan di pelaburan unit amanah.

Simpan

Tuan2 dan puan2 sekalian, ramai yang keliru antara simpan dengan labur. Simpan adalah satu kaedah dimana kita hanya park duit kita untuk satu jangka masa sebelum ianya dikeluarkan untuk tujuan perbelanjaan semasa atau akan datang. Duit yang disimpan tersebut hanya diam pegun tanpa diurusniaga jika adapun penyimpan hanya mendapat sedikit saguhati sahaja daripada pihak bank dimana anda menyimpan wang anda. Ini kerana membalas jasa anda sebagai penyimpan tegar dan pelanggan setia pada bank tersebut dengan kadar keuntungan dari simpanan anda yakni sekitar 1% ke 2%. Jika anda beranggapan ingin membuat untung melalui kadar pulangan yang diberikan oleh pihak bank. Pada pendapat saya, ianya bukan tempat yang sesuai. Ibarat anda menanam buah nanas di atas tanah yang berpasir. Sedangkan anda tahu dan faham pokok nanas hanya sesuai ditanam di pokok gambut barulah anda memperolehi hasil pokok nanas yang segar dan mahal nilainya berbanding tanam di tanah berpasir. Kesimpulannya bukan berapa banyak anda simpan tetapi dimana dan bagaimana anda simpan itulah yang perlu ditanya...Kebiasaannya akaun saving biasa adalah untuk tujuan perbelanjaan dan hanya untuk parking sementara sahaja dan bukannya untuk jangka panjang.

Labur

Apabila dikatakan labur ramai juga yang sekali lagi terkeliru. Ini adalah disebabkan ketiadaannya ilmu pelaburan dan salah tafsir perkataan labur yang bermaksud memberi pengertian lebur. Mentaliti inilah yang harus dibuang. Ibarat kata bijak pandai " kalau nak kaya buang dulu mentaliti miskin, mentaliti negatif, bersangka baik dengan kekayaan, anda psti kaya, yakinlah " tapi kalau dah bersangka buruk macamana mahu kaya. Seperti Simpanan, Melabur adalah salah satu kaedah bagaimana menggandakan wang anda seterusnya anda menjadi kaya. Apakah itu pelaburan ?

Secara mudahnya, pelaburan adalah anda meletakkan sejumlah wang sebagai modal pelaburan anda untuk diurusniaga oleh mereka yang pakar lagi profesional bagi menggandakan wang modal anda menjadi banyak. Tujuan melabur adalah untuk menggandakan wang lebih cepat dari kaedah menyimpan.  Seperti yang kita ketahui menyimpan sahaja menjadikan wang anda pegun dan berdepan risiko inflasi berikutan keuntungan yang sedikit.

Dalam unit trust / unit amanah, kedua-dua kaedah ini diguna pakai. Ianya kombinasi Simpan + Pelaburan. Anda park duit anda dan duit anda akan diurus niaga dan anda mendapat keuntungan. Sebagai contoh , anda mempunyai RM10K. Anda menyimpan diakaun biasa iaitu Saving Account mana-mana bank dengan kadar pulangan purata 2% yang pihak bank berikan sebagai faedah menyimpan ditempat bank tersebut. Ianya lebih baik dari simpan di rumah bawah bantal atau tabung tin anda. Tabung rumah tidak selamat dan tidak mempunyai faedah penyimpanan berbanding bank. Apa yang melalut ni, ok kita sambung perbincangan kita. Duit RM10K tadi akan berkembang dengan kadar 2% setiap tahun. Ianya dapat digambarkan dalam gambarajah dibawah. 

Simpanan biasa dengan kadar pulangan 2%. Ianya telah di compoundkan.
Diakhir simpanan anda, anda akan memperolehi hanya RM12,190 sahaja dalam masa 10 tahun menyimpan ini bermaksud keuntungan diperolehi hanyalah sebanyak RM 2,190 sahaja. Bagaimana jika anda laburkan wang anda RM10K tersebut kedalam unit trust. Tengok gambarajah dibawah:-

Menyimpan di unit trust dengan kadar pulangan purata setahun 10%
Dengan melaburkan wang anda RM10K tadi, anda berpeluang untuk menggandakan wang anda dari RM10K kepada RM25,937. Ini bermakna keuntungan yang anda perolehi selepas 10 tahun adalah RM15,937. Tidakkah anda terfikir yang mana lebih baik ? Modal yang sama RM10K tetapi tempat simpanan yang berlainan. Inilah yang saya katakan tadi. Apakah tanah yang sesuai untuk menanam pokok nanas ?  Jika baik tanahnya maka baiklah hasilnya. So kombinasi simpan dan labur adalah paling sesuai untuk menggandakan wang anda.

Lupakan

Bagi mereka yang biasa dengan ilmu kewangan dan pengurusan kewangan sudah tentu pernah mendengar kata-kata ini "Simpan dan lupakan". Ya apa yang telah kita simpan apa yang kita telah labur kita lupakan sahaja. Kenapa ? Ia mengajar kita erti berserah padaNYA. Apa sahaja milik kita, kita pulangkan kepadaNYA. Biarlah duit itu berusaha sendiri seperti mana kehendakNYA. Syarikat-syarikat pelaburan unit trust biasanya tidak menyediakan buku sepertimana Pelaburan Unit Amanah A*B, A*N. Ini kerana apabila pihak tersebut memberi buku, kita tahu. Sebagai manusia yang suka berbangga dan tidak dapat mengawal nafsu kita bangga mempunyai wang simpanan dan pelaburan seperti yang terpampang di dalam buku akaun. Hari-hari nak tengok. Bila hari2 tengok terdetik hati si pelabur untuk mengeluarkan wangnya apabila menerima dividen. Inilah silapnya disini. Sampai bila2 pun duit tidak akan berkembang lantaran runtunan hati yang berkehendak untuk keluarkan duit. That's why dalam pelaburan unit trust swasta tidak disediakan buku pelaburan so jangan tanya kenapa? Supaya nak mendidik anda menjadi lebij berdisiplin dan seterusnya mencapai matlamat dan impian anda.

Bayangkan, pada mulanya tujuan anda melabur adalah untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak tersayang. Tetapi apabila melihat jumlah wang yang kian bertambah di dalam buku akaun hati anda tergugat. Anda ingin membeli kereta baru dan akhirnya duit yang sepatutnya dijadikan dana pendidikan telah digunakan untuk membeli kereta. Akhirnya anda gagal dalam pelaburan lalu menyalahkan pelaburan tersebut sedangkan andalah punca kegagalan tersebut. 

Maksud lupakan ini bukan bermakna anda tidak peduli dengan pelaburan anda tapi maksud dilupakan ini adalah anda sengaja melupakan yang anda pernah menyimpan dan melabur. Anda akan ingat bilamana anda mahu menambah itu sahaja. Jadikannya satu tabiat.

"Apabila anda masih ingat, anda belum berjaya mendidik hati untuk ingat masa depan, apabila anda sudah tidak ingat, maka disinilah hati anda telah terdidik untuk mengingati masa depan"

Istiqomah

Bahasa lainnya adalah berlanjutan, konsisten, tetap pada satu pendirian, 1 paksi tanpa berganjak demi mencapai matlamat. Dalam hal pelaburan unit amanah begitu juga kita mesti istiqomah dalam matlamat yang telah dibuat seterusnya istiqomah dalam melaksanakan objektif yang telah dirangka. 

Sebagai contoh , jika anda melabur untuk dana pendidikan anak. Anda haruslah istiqomah dalam mencapainya. Jika anak anda 1 tahun ini bermakna anda memerlukan 17 tahun untuk menyimpan wang secara istiqomah tanpa berhenti apa keadaan sekalipun. Jika anda berhenti atau anda tidak berdisiplin maka anda pasti gagal dalam mencapai matlamat kewangan atau matlamat pelaburan. Istiqomah, Fokus dan Disiplin adalah seiring sejalan. Bila anda Istiqomah dalam melakukan pelaburan bermakna anda fokus terhadap matlamat dan berdisiplin dalam mencapai matlamat. Katakan, jika kos pengajian IPT hari ini adalah RM92K ini bermakna selepas inflasi 5% setahun kadar kos pengajian 17 tahun akan datang berjumlah RM210,866. So anda hendaklah istiqomah menyimpan sehingga mencapai amaun tersebut. Persoalannya berapakah yang perlu anda simpan setiap bulan untuk mencapai amaun RM210,866? Berapakah pelaburan pertama harus anda bermula ? Apakah dengan menyimpan di Saving Account biasa tidak dapat mencapai amaun tersebut ? Jika tidak, dimana harus anda menyimpan ? Persoalan ini akan terjawab dalam post saya akan datang. InsyaAllah.


Maklumat lanjut sila hubungi



Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.