PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Tuesday, September 18, 2012

Matlamat yang SMART

Mengantuk betul rasanya tidur jam 2 pagi tapi oleh kerana dah tugasan saya berkongsi kepada masyarakat tentang peri pentingnya ilmu pelaburan agar bangsaku terus maju dan kaya setanding dengan bangsa lain. 

Dalam post sebelum ini saya janji akan membawa citer berkaitan dengan Matlamat Smart. Apa itu matlamat SMART ? SMART dalam bahasa omputeh, dalam bahasa melayunya adalah bijak. So Matlamat SMART adalah Matlamat yang bijak. So bijak dalam menentukan matlamat adalah perkara penting sebelum melabur agar kita dapat merancang dengan lebih terperinci bagaimana mencapai matlamat tersebut. 

Penentuan Matlamat berdasarkan SMART 

Sebelum ini kita pernah mendengar rakan-rakan kita berkata " Saya nak jadi Jutawan", "Saya nak beli kereta", Saya nak beli rumah" dan berbagai-bagai lagi apabila diajukan soalan berkaitan pelaburan. Kenapa anda melabur ? Adakah ini dipanggil matlamat.  Ia ini semua matlamat tetapi matlamat yang tidak jelas. Sekarang saya akan bantu anda menentukan matlamat anda berdasarkan SMART. Saya akan bagi contoh iaitu memiliki kereta Toyota.

Altis Corolla


Apa itu SMART ?

S : Specific atau dalam bahasa Melayu kita panggil Perincian atau khusus. Jika saya nak melabur saya nak mengkhususkan atau saya nak fokuskan untuk apa . Adakah pendidikan, persaraan, membeli rumah, membeli kereta atau sebagainya. So matlamat kita mestilah terperinci. Sebagai contoh jika saya mahu membeli kereta. Apakah jenis kereta yang saya mahu ? Apakah brang kereta yang saya nak ? Apakah bentuknya ? Apakah ciri-cirinya ? Adakah pacuan 4 roda atau sedan ? Berapakah harganya ? Apakah warna ? Full Accessories atau tidak ? So kita tentukan. Anda boleh mendapatkan maklumat di syarikat2 menjual kereta. Ini adalah contoh penetapan matlmat berlandaskan S. 

Ali mahu membeli kereta buatan Toyota jenis Altis Corolla Sporty 1.8 V. Kerana dia meminati rekabentuk kereta tersebut dan satu kepuasan memiliki kereta tersebut.


M : Measurable , matlamat anda mestilah boleh diukur. Jika anda ingin menjadi jutawan, apakah jenis jutawan yang anda mahu jadi. Adakah dengan menjadi jutawan memperolehi wang bernilai RM1.5 Juta atau aset bernilai 1 juta bukannya dalam bentuk wang atau menjadi jutawan hutang. So be specific.

Dalam contoh diatas, matlamat Ali tadi. Dia ingin membeli kereta bernilai RM200K.

A : Achievable , maklumat tersebut mestilah boleh dicapai. Sesuai dengan kemampuan diri. Dalam contoh Ali, adakah matlamat memperolehi kereta boleh dicapai. Ia sudah tentunya boleh. Ali akan merancang untuk mendapatkan impiannya. Bagaimana caranya, dia mesti berjumpa dengan saya.

R : Realistic , matlamat anda mestilah hidup di alam nyata bukannya fantasi. Jika matlamat tersebut diluar logik manusia maka sudah tentu untuk mencapainya tidak boleh melainkan dengan izinNYA. Matlamat anda mestilah realistik. Sebagai contoh dalam kes Ali beliau nak kumpul dan labur untuk mengumpul wang dalam masa 1 bulan. Mengumpul wang dalam satu bulan sebanyak RM200K. 

T : Timely , tepat pada masanya...matlamat anda mesti bertempoh ada date line bukannya "Saya nak jadi jutawan" tetapi bila agaknya nak jadi jutawan. Ibarat kapal yang berlayar tidak tahu arah tujuan tidak menemui daratan. So matlamat anda mestilah mempunyai date-line bukan setakat di mulut sahaja.

Kita perincikan kes Ali :-

Jenis kereta :Altis Corolla Toyota V1.8 sporty warna kelabu, full accessories yang berharga RM200K on the road (contoh) dalam masa 5 tahun dari sekarang  2017. So apakah ikhtiar Ali untuk mendapatkan RM200K dalam masa 5 tahun maka Ali kenalah berjumpa dengan saya. Saya akan citer dalam post akan datang untuk kes Ali.

Maklumat lanjut sila hubungi


Hubungi saya : 0168151321
http://rahsiapelaburanunittrust.blogspot.com/



0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.