This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PERHATIAN

Sila baca penafian di bawah sekali.

Mukaddimah

Selamat Datang & Welcome to My Blog السلام عليکم

Blog ini mengandungi himpunan bahan-bahan daripada pelbagai sumber, termasuk buku, dan juga catatan & pendapat saya untuk tatapan semua.

Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat dengan anda semua. Ilmu yang berguna eloklah dipanjang-panjangkan. Semoga blog ini berinformasi dan bermanfaat kepada semua yang sudi melayarinya. Diharapkan juga blog ini menjadi wadah untuk bertukar pendapat dan pandangan.

Maksud Hadis Qudsi:
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

Hadis Rasulullah saw: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat."

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng.

Hanya Keampunan & Keredhaan Allah SWT yang diharapkan. Semoga ia menjadi amal jariah buat diriku.

Selamat melayari blog ini. Komen dan respons anda dialu-alukan.

"Tanggungjawab Disempurnakan Kualiti Diutamakan"

Wednesday, January 1, 2014

5 Perkara Yang Anda Boleh Buat Dengan Duit KWSP

Tahniah diucapkan kepada penjawat-penjawat awam baru yang sudah sah dalam perkhidmatan (baca: confirmed). Apabila sudah confirmed, maknanya ada anda juga sudah layak untuk mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Mungkin inilah antara sebab ramai orang memilih untuk berkhidmat dengan kerajaan. Pencen boleh dianggap sebagai satu jaminan yang selamat untuk beroleh pendapatan apabila sudah bersara kelak. Keistimewaan ini tidak dapat dikecapi oleh pekerja-pekerja swasta walaupun gaji mereka jauh lebih tinggi.

Apabila sudah dapat surat PTB, anda kini sudah layak untuk mengeluarkan wang KWSP anda. Namun begitu tidak semua wang tersebut anda akan dapat. Wang yang dicarum oleh Kerajaan (caruman majikan) selama tempoh anda bekerja sebelum confirmed, akan dipulangkan semula kepada Kerajaan. Tapi dah tolak pun, still banyak juga kan? Campur dengan masa kerja swasta dulu, masyuk jugak lah.. Hehe.. So apakah pilihan yang kita ada untuk menjaga duit ini? Berikut saya senaraikan 5 perkara yang boleh anda fikir-fikirkan.


Menyimpan di dalam instrumen-instrumen kewangan

Ini merupakan pilihan yang paling selamat tetapi tidak menjanjikan pulangan yang lumayan. Terdapat pelbagai pilihan di pasaran ketika ini. Jika mahu menyimpan, pastikan pulangan daripada simpanan anda sekurang-kurangnya dapat menandingi inflasi yang akan menyusutkan nilai wang anda. Berikut adalah beberapa contoh akaun yang sesuai. 
  • Akaun Simpanan Mudharabah (2% - 3% setahun)
  • Akaun Pelaburan Mudharabah (Fixed Deposit) (3% - 5% setahun)
  • Tabung Haji (4% - 7% setahun)

Melabur di dalam unit amanah 

Umum mengetahui unit amanah atau amanah saham yang paling popular sekali adalah ASB. Ini kerana pulangan ASB dalam bentuk dividen yang konsisten sekitar 7-8% setahun. Antara kebaikan yang lain ialah, harga pokoknya tidak berubah dan ini menjamin modal pelabur. Tetapi ini juga merupakan kelemahan ASB kerana pelabur tidak dapat meraih keuntungan daripada kenaikan harga pokok. ASB juga tidak mengenakan caj pengurusan tetapi mempunyai had maksimum iaitu RM200k. 

Terdapat juga banyak syarikat-syarikat lain yang menawarkan unit amanah ini. Antara syarikat yang terkenal ialah seperti Public Mutual, CIMB Islamic, MAA-KL dan sebagainya. Dana-dana yang ditawarkan bergantung kepada selera risiko anda. Dana-dana ini akan dilaburkan ke dalam beberapa instrumen sesuai dengan profil risiko tersebut. Kelebihan unit amanah jenis ini, ialah anda boleh mendapat keuntungan dari segi dividen (income) dan kenaikan harga pokok (capital gain). Berikut disenaraikan jenis-jenis dana yang boleh anda pilih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi perunding unit amanah yang anda kenal. 
  • Risiko rendah - sebahagian besar dana akan didedahkan kepada pasaran bon/ sukuk dan pasaran kewangan yang mendatangkan pulangan sekitar 3% - 5% setahun 
  • Risiko sederhana - dana akan dibahagikan secara seimbang kepada pasaran bon dan pasaran saham pulangan sekitar 7%-8% setahun
  • Risiko tinggi - sebahagian besar dana akan didedahkan kepada pasaran saham di dalam dan luar negara yang boleh mendatangkan pulangan sekitar 10% - 15% setahun
Antara kelemahan unit amanah dengan syarikat-syarikat lain ini ialah kos pengurusan yang tinggi. Anda akan dikenakan sekitar 5% - 6.5% upfront fee untuk melabur ke dalam unit amanah ini. Terdapat juga kos-kos lain seperti kos untuk menjual semula unit amanah anda dan kos pengurusan tahunan. Sebelum anda memulakan pelaburan, pastikan anda telah mengambil kira kesemua kos-kos ini dan pastikan anda boleh mendapat pulangan yang setimpal setelah ditolak semua kos-kos ini. InsyaAllah jika ada peluang, saya akan terangkan mengenai unit amanah di dalam post yang lain. 

Melabur di dalam pasaran saham 

Jika anda lebih rajin dan sudi untuk meluangkan masa lebih sedikit untuk menimba ilmu, ini adalah antara pilihan yang terbaik. Ini kerana dengan menguruskan pelaburan anda sendiri di dalam pasaran saham, anda boleh mendapat pulangan yang lebih lumayan. Saham-saham syarikat yang ternama dan berpotensi tinggi boleh mendatangkan pulangan lumayan dari segi dividen dan kenaikan harga pokok.


Apabila kita melabur di dalam saham syarikat, secara tidak langsung kita sebenarnya telah terlibat di dalam perniagaan. Perniagaan yang maju dan berjaya pasti akan membawa keuntungan yang banyak. Sebab itu ilmu adalah sangat penting bagi melabur terus ke dalam pasaran saham. Anda perlu tahu syarikat manakah yang patut anda beli dengan menilai beberapa kriteria-kriteria seperti melihat penyata kewangan syarikat dan prestasi syarikat tersebut sebelum ini. Anda juga perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk membeli saham-saham syarikat tersebut. Dan setelah anda memiliki saham-saham tersebut, anda hanya perlukan masa yang minima setiap minggu untuk monitor saham-saham itu. 

Membeli emas dan perak


Emas dan perak sebenarnya adalah duit yang sebenar. Ia bertindak sebagai penyimpan nilai yang paling hebat sepanjang zaman. Namun begitu, sebelum anda membeli emas, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. 

Pertama sekali ialah kos yang berlaku. Jika anda membeli emas pada hari ini, anda tidak boleh terus menjualnya pada hari ini. Ini kerana terdapat perbezaan antara harga jual dan harga beli yang dinamakan spread. Dengan spread inilah peniaga dapat membuat keuntungan. Ada spread yang rendah sekitar 5% - 6% dan ada yang tinggi sehingga 20%. Antara kos lain ialah kos tukang bagi barang kemas. Oleh itu disarankan sekiranya anda ingin membeli emas, pastikan duit tersebut adalah untuk jangka masa panjang. Jika anda mahu gunakan duit itu dalam masa setahun dua lagi, lebih baik cari jalan lain. Kerana dibimbangi tidak sempat untuk cover kos spread dan juga takut harga emas turun. 

Di samping itu emas sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi, iaitu risiko kecurian kerana anda terpaksa simpan di rumah. Emas juga merupakan aset yang tidak produktif. Dalam erti kata lain tiada pulangan dari segi pendapatan (dividen) yang akan anda perolehi, melainkan hanyalah kenaikan harga pokok. Namun terdapat beberapa kelebihan lain, iaitu anda boleh jual semula emas ini kepada kawan-kawan atau orang lain, berbanding dijual kepada kedai emas atau peniaga emas. Emas dalam bentuk barang kemas juga boleh dipajak jika anda dalam keadaan sesak. 

Cara lain yang lebih selamat untuk simpanan emas ialah dengan membuka akaun gold investment dengan syarikat kewangan terkemuka. Namun buat masa ini hanya satu sahaja yang patuh syariah iaitu Kuwait Finance House (KFH) Gold Account-i. Kini anda tidak perlu risau lagi emas fizikal anda dicuri!

Membeli hartanah

Hartanah juga merupakan salah satu bentuk pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan dari segi pendapatan dan kenaikan harga pokok. Apa yang lebih menarik mengenai hartanah ialah, anda tidak perlu menggunakan duit anda sendiri untuk memiliki hartanah tersebut. Anda hanya perlu mengeluarkan 10% sahaja atau kurang daripada harga rumah tersebut. Sebahagian besar yang lain, adalah melalui pembiayaan daripada bank.

Mungkin ada yang mengatakan, kita masih perlu bayar ansuran bulan-bulan kepada bank. Betul.. Tapi sukakah anda jika saya katakan ada orang lain yang sanggup membayar ansuran bulanan tersebut untuk kita? Ya memang ada. Mereka adalah orang yang menyewa rumah kita. Jadi anda kena pastikan sewa bulanan tersebut mampu untuk menanggung ansuran bulanan kita kepada bank. Kalau dapat lebih, lagi baik. Anda akan mendapat aliran tunai daripadanya dan ini menambahkan lagi duit poket anda.

Kesimpulannya anda hanya perlu bayar 10% sahaja daripada harga rumah dan sedikit kos-kos sampingan yang lain. Rumah tersebut akan menjadi milik anda sepenuhnya tanpa anda perlu membayar 90% selebihnya.  Di dalam pelaburan hartanah terdapat beberapa tools untuk anda membuat pelaburan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kongsikan di dalam bab yang lain.

Akhir kata daripada saya, uruskanlah wang KWSP anda dengan cara yang betul. Wang yang banyak sekiranya tidak pandai diurus akan merugikan anda sendiri. Ketahuilah bahawa nilai duit kertas akan dimakan oleh inflasi yang membuatkan duit anda semakin mengecil nilainya. Dengan membeli aset seperti di atas, secara tidak langsung anda telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Wassalam.

Monday, December 2, 2013

Bufet Pelabur Bijak 2

  1. Dapatkan maklumat terlebih dahulu
Sebelum membuat tempahan meja untuk menikmati hidangan bufet di sesebuah hotel ataupun restoran, pasti anda bertanya kepada rakan-rakan dan melihat ulasan-ulasan mengenai restoran tersebut terlebih dahulu. Anda semestinya tidak mahu dikecewakan dengan hidangan bufet yang kurang enak.

Begitu juga dengan pelaburan. Sebelum melaburkan wang dalam sesuatu  produk pelaburan, pastikan anda telah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai produk pelaburan tersebut. Baca dan fahami semua informasi berkaitan dengan pelaburan yang akan dibuat.

Untuk pelaburan saham, jangan lupa untuk menganalisa laporan tahunan, prospektus dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan syarikat yang menawarkan saham tersebut. Berwaspadalah dengan khabar angin dan ‘tip-tip’ pelaburan yang tidak berasas.

Bagi unit amanah pula, amalkan tabiat membaca prospektus dan laporan tahunan dana tersebut. Teliti prestasi dana syarikat berkaitan, profil risiko pelabur dan juga cara pengurusan syarikat tersebut sebelum membuat keputusan.

  1. Kawal pemakanan anda!

Biasanya, anda dinasihatkan untuk mengalas perut bagi mengelakkan rasa terlalu lapar sementara menantikan jamuan bufet yang bakal dihidangkan. Dengan cara ini, sekiranya anda berubah fikiran untuk makan di tempat lain setelah mendapati hidangan bufet yang dinanti-nantikan tidak seenak yang disangka, anda tidak akan kebuluran sebelum tiba di destinasi yang seterusnya.

Begitu juga, anda dinasihatkan untuk memiliki wang lebihan sebanyak enam hingga sembilan bulan daripada perbelanjaan bulanan sebelum melabur. Ini bagi memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi jika berlaku perkara yang tidak diingini atau pelaburan mengalami kerugian.

  1. Sabar dalam mencapai mencapai matlamat anda

Kebanyakan orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkan sesuatu jenis makanan yang diinginkan dalam hidangan sesebuah bufet. Begitu juga dengan pelaburan, anda haruslah sabar dan melabur untuk jangka masa panjang. Kerugian jangka pendek sememangnya merupakan asam garam pelaburan. Namun, jika anda sabar dan terus mengamalkan pelaburan untuk jangka panjang, kerugian tersebut akan ditampung oleh keuntungan yang bakal diperolehi kelak.

  1. Cuba pelbagai jenis makanan
Ketika di meja bufet, anda biasanya dinasihatkan untuk mencuba pelbagai jenis makanan yang dihidangkan dan tidak menumpukan perhatian kepada  satu jenis makanan sahaja. Melalui cara ini, anda akan dapat mengetahui makanan mana yang paling enak dan lazat.
    
Konsep yang sama perlu diaplikasikan dalam pelaburan. Anda tidak sepatutnya meletakkan kesemua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Pelbagaikan pelaburan anda dalam produk atau sektor yang berlainan. Contohnya, jika anda melabur dalam ekuiti, pelbagaikan pelaburan anda dalam beberapa jenis syarikat dan sektor, dan jika anda melabur dalam unit amanah pelbagaikan jenis-jenis dana pelaburan anda.

Ini merupakan cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda kerana kerugian yang dialami akibat suatu pelaburan boleh ditampung oleh keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan yang lain.

  1. Ubah fikiran jika perlu
Ada kalanya, restoran atau hotel yang dikunjungi tidak memuaskan hati anda. Sekiranya ini berlaku, beralihlah ke tempat lain yang dapat memenuhi citarasa anda.

Dalam hal pelaburan, prinsip ini juga boleh dipakai. Anda tidak sepatutnya takut untuk beralih kepada pelaburan yang lain sekiranya mendapati produk tersebut tidak serasi dengan matlamat pelaburan atau tidak memberi pulangan yang diharapkan. Kaji semula dan selalu pantau pelaburan anda untuk memastikan yang ianya masih relevan dengan matlamat kewangan.

  1. Awasi promosi harga murah

Anda pastinya berasa curiga jika ditawarkan promosi bufet yang terlalu murah tetapi mendapat hidangan bertaraf hotel 5 bintang. Besar kemungkinan ada yang tidak kena dengan bufet tersebut.

Begitu juga dengan pelaburan, terdapat banyak syarikat yang menjanjikan pulangan yang tinggi, tanpa risiko dan memerlukan modal yang rendah. Sebagai pelabur bijak, anda tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan janji-janji seperti ini. Ingatlah bahawa lebih tinggi pulangan sesuatu pelaburan, maka lebih tinggi juga risikonya!

Akhir sekali, pelaburan adalah sesuatu yang sepatutnya memberi anda kepuasan sepertimana menikmati sesuatu hidangan bufet yang enak. Sungguhpun demikian, ingatlah bahawa seseorang pelabur bijak akan sentiasa mengamalkan langkah-langkah di atas bagi memastikan diri mereka dapat membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pelaburan Unit Amanah


Sunday, September 1, 2013

Bufet Pelabur Bijak 1

Ramai orang bekerja untuk mendapatkan wang atau sebagai suatu sumber pendapatan. Tetapi, tidak ramai orang yang tahu cara untuk mengembangkan pendapatan mereka dengan wang yang ada. Salah satu cara untuk mengembangkan pendapatan adalah dengan melaburkan wang anda. Walaupun setengah-setengah orang berpendapat yang pelaburan hanyalah untuk mereka yang berada sahaja, pandangan ini sebenarnya kurang tepat.

Malah, pelaburan adalah lebih penting lagi bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Ini kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang terhad dan pelbagai komitmen kewangan, tetapi dalam masa yang sama, ingin mencapai pelbagai matlamat kehidupan. Antara matlamat-matlamat tersebut termasuklah membeli rumah, menghantar anak ke universiti dalam masa 10 tahun atau bersara dengan selesa dalam masa 20 tahun akan datang.
Bagi mencapai matlamat anda dalam tempoh masa tertentu, menyimpan wang sahaja  mungkin tidak mencukupi atau ia akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda perlu melabur. Akan tetapi, dengan sebegitu banyak pilihan produk pelaburan yang ditawarkan di pasaran, anda mungkin terkeliru dan tidak pasti mana satu yang yang bersesuaian. Ia seakan anda berdiri di hadapan meja jamuan bufet! Terdapat pelbagai jenis makanan di meja tersebut sehingga anda rambang mata dan keliru mana satu yang anda patut makan dahulu.
Maka, bagi memastikan anda menikmati jamuan bufet yang sedap dan mengenyangkan, atau dalam konteks ini pelaburan yang memberikan pulangan yang diharapkan, anda perlu memantau peluang-peluang yang ditawarkan dengan bijak.
Di akhir bab ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat keputusan pelaburan yang bijak. Teruskan membaca bagi mengikuti “resepi-resepi” pelaburan bijak.

  1. Pembuka selera atau pencuci mulut?
Ketika di meja bufet, pasti anda melihat-lihat dahulu  pelbagai jenis juadah yang dihidangkan sebelum mula memilih makanan yang diinginkan. Ada pembuka selera, ada pencuci mulut dan berbagai-bagai lagi jenis makanan lain. Begitu juga keadaannya ketika membuat pilihan produk pelaburan. Anda perlu mengetahui dan menilai produk-produk yang ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Terdapat pelbagai jenis produk pelaburan di pasaran modal Malaysia dan antara produk pelaburan yang ditawarkan ialah:

Selain itu, terdapat juga pelaburan-pelaburan lain yang tidak berkaitan dengan  pasaran modal seperti simpanan di bank, hartanah, insuran dan barangan koleksi berharga.
Sesuatu keputusan pelaburan seharusnya dibuat setelah anda memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan berpuas hati bahawa ianya pelaburan yang paling bersesuaian dengan diri sendiri. Ingatlah bahawa pelaburan yang dipilih perlu sesuai dengan kedudukan kewangan, matlamat pelaburan dan tahap risiko anda.

  1. Bagaimana selera makan anda?
Di jamuan bufet, ada orang  yang akan memenuhkan pinggan masing-masing dengan makanan yang unik dan jarang didapati manakala ada pula yang hanya memilih makanan yang menjadi kebiasaan seperti nasi, ayam, sayur dan buah-buahan. Mereka ini tidak mahu mengambil risiko dengan mencuba sesuatu yang tidak biasa dimakan.
Hal ini sama seperti pelaburan. Seorang pelabur bijak seharusnya memilih pelaburan yang bukan sahaja mengikut matlamat and jumlah modal yang dimiliki, tetapi juga mengikut tahap risiko mereka sendiri.
Anda perlu mengetahui sejauh mana risiko yang mampu ditanggung. Adakah anda seorang pelabur yang berisiko tinggi, sederhana atau rendah? Perkara ini sangat penting kerana ia akan membantu anda menentukan sama ada mengambil pendekatan pelaburan yang agresif, sederhana ataupun konservatif.
Dalam kata lain, jika anda makan mengikut selera sendiri, maka lakukanlah perkara yang sama apabila melabur. Melaburkah mengikut “selera” anda. Buat pertimbangan yang sewajarnya terhadap modal yang diperlukan, risiko yang dihadapi, kemungkinan adanya keuntungan (atau kerugian) dan lain-lain. Sebagai contoh, jika tahap risiko seseorang adalah rendah atau sederhana, mungkin produk berisiko tinggi seperti derivatif tidak wajar dimasukkan dalam portfolio pelaburannya.
  1. Dimana anda ingin makan?
Hidangan bufet ditawarkan di pelbagai tempat, termasuklah hotel bertaraf lima bintang, kafe dan restoran. Jadi bagaimana anda membuat pilihan untuk makan dimana? Sudah tentu ada faktor-faktor tertentu yang membantu anda membuat pilihan, bukan?
Apabila membuat pelaburan, anda akan berdepan dengan dilema pilihan yang sama. Patutkah anda melabur dalam unit amanah atau adakah saham pilihan yang lebih bijak?
Jika anda ingin melabur PM saya untuk maklumat lanjut.


PENAFIAN

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak pembaca blog ini mengalami kerugian disebabkan penggunaan maklumat berikut. Sebarang artikel ini tidak boleh di salin dan dimuat turun sesuka hati tanpa izin penulis blog. Anda boleh email kepada penulis blog untuk keizinan. Segala kandungan didalam laman blog ini adalah untuk kegunaan sendiri dan untuk pelanggan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya artikel di dalam blog ini diguna pakai untuk tujuan peribadi atau promosi oleh pihak lain. Penafian ini terpakai bermula 1 September 2012.